BALING: Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan ekoran vaksin yang diterima.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan mempunyai data kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 dan mempunyai kaedah bagi merawat kesan sampingan tersebut.
"AstraZeneca telah menarik balik vaksin mereka dan ini adalah global, apa yang kita mahu pastikan adalah kalau ada sesiapa yang ada bukti yang terkait dengan vaksin AstraZeneca itu, kita memang mempunyai cara untuk pastikan mereka diberikan bantuan.
"Memang ada kaedah kita sebagai kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan mereka dapat menjalani rawatan. Itu jaminan yang diberikan oleh kerajaan. Kita akan tahu kes-kes sebegitu dan kita pun ada daftarnya, kita ada datanya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Hospital Baling dan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kepala Batas yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Badioezaman Ab Khalik dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah Mejar (B) Mansor Zakaria.
Dr Dzulkefly berkata kerajaan turut akan bertanggungjawab terhadap penerima vaksin daripada firma farmaseutikal lain seperti Pfizer-BioNTech dan Sinovac sekiranya turut terbukti mengalami kesan sampingan.
Sebelum ini, firma farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca dilaporkan menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia.
Susulan daripada itu, Dr Dzulkefly semalam dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut dalam masa terdekat.
Sementara itu, ditanya sama ada isu tersebut akan mencetuskan kebimbangan dan keyakinan masyarakat terhadap vaksin, Dr Dzulkefly berkata isu berkaitan vaksin COVID-19 itu tidak akan memberi kesan terhadap program vaksin lain termasuk Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP).
Menurutnya, walaupun ada segelintir pihak yang sangat sensitif dengan isu vaksin, namun NIP yang menjadi amalan di negara ini sejak sekian lama berjaya meningkatkan imunisasi kanak-kanak serta mencegah jangkitan penyakit serius.
"Vaksin COVID-19 itu satu hal lain, kita juga ada program-program vaksinasi seperti HPV untuk menamatkan kanser pangkal rahim, kita juga ada NIP di mana ibu bapa yang punyai anak akan berasa terbantu kerana vaksin ini mahal.
"Tidak ada pertikaian dalam hal itu, saya yakin rakyat tahu, punya pendidikan, punya pencerahan dan punya pengetahuan dan kita akan terus memberikan pendidikan kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024
Dr Dzulkefly Ahmad ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Hospital Baling dan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kepala Batas hari ini. - Foto Bernama
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
Suntikan dos kedua AZ dipercepatkan kepada 9 minggu - Khairy
Dianggarkan lebih sejuta penerima yang terlibat dalam program sukarela AstraZeneca COVID-19 akan menerima janji temu dalam masa terdekat.
KKM beri rawatan segera sekiranya ada kesan sampingan dari vaksin AstraZeneca - Dr Adham
Orang ramai dinasihat untuk memantau tahap kesihatan mereka, di samping perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala.
Malaysia terima 600,000 dos vaksin AstraZeneca pada Jun - Khairy
Kesemua 600,000 dos vaksin tersebut yang akan dihantar secara berkala setiap bulan.