JEMPOL: Kerajaan menjangkakan gaji permulaan bagi siswazah yang memasuki pasaran pekerjaan akan lebih tinggi menjelang pertengahan tahun ini berikutan ekonomi dilihat semakin pulih dalam tiga ke empat bulan akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun mengakui gaji diterima lulusan universiti tahun lepas jauh lebih rendah susulan penularan pandemik COVID-19 sehingga memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi negara dan global.
"Tahun lepas kita mengalami kemelesetan ekonomi paling teruk dalam sejarah dalam beberapa suku, jadi permintaan (peluang kerja) itu rendah dan sudah pasti para siswazah sanggup untuk menerima gaji lebih rendah daripada biasa.
"Kita nak rakyat Malaysia menikmati upah gaji yang lebih tinggi, menjadi satu masalah apabila gaji permulaan siswazah tidak meningkat dah 10 ke 20 tahun," katanya kepada pemberita selepas melawat projek tanaman halia muda di Felda Raja Muda Alias 1 di sini, hari ini.
Justeru, katanya, menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang lebih berkualiti sekali gus para siswazah yang baru mula bekerja akan menikmati gaji yang lebih tinggi.
Dua hari lepas, portal tempatan melaporkan Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata majoriti siswazah memasuki pasaran pekerjaan tahun lepas menerima anggaran gaji bulanan antara RM1,001 hingga RM1,500 berbanding purata RM2,001 hingga RM2,500 yang direkodkan pada tahun 2019.
Mohd Uzir berkata jumlah lulusan universiti yang memasuki alam pekerjaan tahun lepas juga merosot, begitu juga kadar penyertaan tenaga buruh dalam kalangan siswazah muda.
Sementara itu, Mustapa berkata sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan bagi projek penanaman halia muda di wilayah Felda Raja Alias, daripada RM100 juta yang diperuntukkan kerajaan melalui Program Pembangunan Peneroka (PPP) kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tahun ini.
Projek yang mendapat kerjasama Agrobank itu bertujuan meningkatkan pendapatan warga peneroka sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import halia muda dari negara luar termasuk China.
"Kita import halia muda bernilai RM200 juta setahun dari negara luar.. jadi selari dengan hasrat kerajaan untuk kurangkan import dan tambah jaminan bekalan makanan, kami galakkan petani untuk hasilkan tanaman halia yang mempunyai potensi cukup baik dalam pasaran," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini sebanyak 132 projek telah diluluskan Felda melalui PPP dengan 63 projek diusahakan individu manakala 69 lagi oleh koperasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 03 2021
Menjadi hasrat kerajaan mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang lebih berkualiti sekali gus para siswazah yang baru mula bekerja akan menikmati gaji yang lebih tinggi.
Negara Islam perlu hentikan perang terhadap Gaza
Negara Islam perlu menggunakan kesepakatan dalam menyokong rakyat Palestin sebagai peluang untuk menghentikan perang habis-habisan terhadap Gaza dan genosid oleh Israel, menurut kenyataan dari Kedutaan Iran di Kuala Lumpur.
Agenda AWANI: Setahun Genosid Di Gaza
7 Oktober menandakan setahun Taufan Al Aqsa. Perjuangan dan kemenangan Palestin daripada perang genosid ke atas Gaza adalah ketakutan terbesar rejim Israel dalam perang moden terburuk dalam peradaban manusia ketika ini? Diskusi 8.30 malam
Sejati Madani: Projek ikan keli sangkar berjaya ubah status pendapatan
Projek Sejati Madani di bawah inisiatif Belanjawan 2024 telah membawa perubahan kepada pesertanya apabila berjaya meraih pendapatan berlipat kali ganda. Ikuti kisah peserta Sejati Madani di Kampung Dusun, Kota Bharu, Kelantan.
Malaysia fokuskan isu keamanan dan kestabilan serantau
Ucaptama akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 akan memfokuskan kepada beberapa isu utama, antaranya melibatkan keamanan dan kestabilan serantau serta integrasi ekonomi serantau.
Malaysia, pada masa yang sama turut memfokuskan kepada digitalisasi dan teknologi baharu, Kecerdasan Buatan (AI) kesejahteraan rakyat dan warga ASEAN, perubahan iklim dan jenayah rentas sempadan.
Malaysia, pada masa yang sama turut memfokuskan kepada digitalisasi dan teknologi baharu, Kecerdasan Buatan (AI) kesejahteraan rakyat dan warga ASEAN, perubahan iklim dan jenayah rentas sempadan.
Budaya membaca rakyat Malaysia semakin meningkat
Menerusi data Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia, dalam setahun rakyat di negara ini mengambil masa sembilan jam 22 minit seminggu untuk membaca 16 naskhah bercetak dan lapan digital.
[TERKINI] GISB: MAIS mulakan proses pulih akidah 261 kanak-kanak
MAIS telah mula melaksanakan proses pemulihan akidah terhadap 261 kanak-kanak ahli kumpulan GISB sejak 1 Oktober lepas dengan menggunakan modul khas yang dibangunkan oleh majlis agama.
Israel paksi kejahatan
Bersama Luqman Hariz di Dewan Internation Istitute of Advanced Islamic Studies (IAIS).
Penat sebelas kali rumah dilanda banjir
Bukan sekali, tetapi sebelas kali.
Itu antara luahan mangsa banjir di Kampung Padang Halban, Changlun, selepas penat terpaksa ulang alik ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Laka sering dimasuki air.
Itu antara luahan mangsa banjir di Kampung Padang Halban, Changlun, selepas penat terpaksa ulang alik ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Laka sering dimasuki air.
Anak siapa pun, tiada kompromi dalam kes buli - Fadhlina
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan vokalis kumpulan Spider, Rustam Mustafah atau Tam Spider baru-baru ini yang mendedahkan anak lelakinya yang berusia 14 tahun menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama.
Malaysia Techlympics pupuk minat STEM - Chang
Penganjuran Malaysia Techlympics menjadi antara kaedah dalam memupuk minat murid dan pelajar sekolah kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Haaland bakal dapat lanjutan kontrak, gaji RM4 juta seminggu
Erling Haaland dilaporkan hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak yang lumayan bersama Manchester City.
Kos tinggi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif boleh diimbangi dengan bon kemahiran - Ahli Parlimen Belia
Majikan perlu berunding dengan pekerja untuk memastikan kos pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) memberikan imbalan yang munasabah kepada syarikat.
Bruno Fernandes mahu naik gaji RM2.19 juta seminggu
Fernandes dikatakan bakal meninggalkan United walaupun pada musim lalu dia menjadi salah seorang pemain terbaik pasukan itu.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Kerajaan pertimbang cadangan gaji RM4,000 untuk graduan TVET
Cadangan itu antara yang diberi perhatian dalam usaha memperkasakan institusi TVET di Malaysia.
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
Elaun bulanan atlet Program Podium ditukar kepada gaji - Hannah
KBS mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet yang berada di bawah Program Podium ditukar kepada gaji dan akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.
Pelarasan gaji golongan profesion teknikal diberi keutamaan dalam SSPA - PM Anwar
Kehadiran beliau bagi mengiktiraf peranan golongan profesion teknikal yang sesuai dengan keadaan dan pertumbuhan ekonomi negara sekarang.