awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji bantuan bersesuaian ringan beban petani terjejas banjir

Bernama
Bernama
01/12/2024
23:20 MYT
Kerajaan kaji bantuan bersesuaian ringan beban petani terjejas banjir
Mohamad memaklumkan, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan terus memantau keadaan banjir dengan rapi. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk mengkaji jenis bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban petani yang terkesan akibat banjir termasuk pemberian bantuan kewangan dan sokongan pemulihan pascabanjir.
Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataan menerusi laman Facebook Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan terus memantau keadaan banjir dengan rapi.
Selain itu, KPKM akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memastikan bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan kepada golongan sasar yang memerlukan.
Menurut hantaran itu, Mohamad mengadakan lawatan ke Kelantan pada Ahad bagi meninjau situasi semasa banjir dan menilai kesan banjir terhadap sektor pertanian yang terjejas.
"Nilai keseluruhan kerugian sektor pertanian Kelantan akibat banjir kali ini dianggarkan melebihi RM16 juta," katanya.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 4,872 hektar kawasan pertanian dilaporkan telah terjejas yang melibatkan 2,156 pesawah, petani dan pengusaha makanan, manakala 661 petugas KPKM Inc. Kelantan turut menjadi mangsa banjir kali ini.
Mohamad turut meninjau kawasan sawah di Pasir Mas melibatkan sejumlah 211 hektar, yang beberapa hari lagi akan dituai telah tenggelam sepenuhnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#petani
#bantuan
#KPKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan