awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji buka 30 peratus monopoli Bernas

Bernama
Bernama
17/10/2018
04:04 MYT
Kerajaan kaji buka 30 peratus monopoli Bernas
Kerajaan tidak mahu bersifat tergopoh-gapah untuk memperkenalkan model baharu bagi menggantikan Bernas kerana ia melibatkan soal keselamatan makanan negara.
Kerajaan sedang mengkaji antara lain untuk membuka monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sebanyak 30 peratus pada tahun depan kepada pemain industri padi dan beras yang lain sebelum konsesi syarikat itu tamat sepenuhnya pada 2021.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata ini adalah antara pandangan beberapa pihak yang dikemukakan sebagai satu kaedah 'soft landing' sebelum industri berkenaan dibuka sepenuhnya tanpa monopoli Bernas.
Beliau berkata kerajaan tidak mahu bersifat tergopoh-gapah untuk memperkenalkan model baharu bagi menggantikan Bernas kerana ia melibatkan soal keselamatan makanan negara.
"Sebagai menteri yang diamanahkan, visi kita tidak setakat melihat untuk kita mewujudkan satu badan bagi menggantikan Bernas tanpa lihat visi lebih jauh. Isu makanan adalah isu keselamatan negara.
"Maka beberapa pandangan lebih jelas dan luas perlu diperhitungkan," katanya pada sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat kepada pertanyaan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang mahu tahu sama ada kerajaan bercadang menubuhkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara bagi mengambil alih fungsi Bernas.
Topic Berkaitan
#BERNAS
#Industri padi
#keselamatan
#Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
#model
#model baharu
#monopoli
#rakyat
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan