awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APG kembali dianjurkan di Nakhon Ratchasima selepas 18 tahun
Sri Lanka wajibkan kenaikan gaji minimum sektor swasta
WEF 2026: Macron hantar mesej jelas kepada 'kaki buli'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji guna dron kawal keselamatan sempadan

Bernama
Bernama
09/12/2019
21:31 MYT
Kerajaan kaji guna dron kawal keselamatan sempadan
Di perairan Sabah, di mana sempadan dengan negara jiran terlalu panjang, perkhidmatan dron mungkin boleh digunakan, kata Muhyiddin. - Gambar hiasan
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan penggunaan dron di kawasan perairan Sabah dan kawasan sempadan, bagi menangani isu-isu keselamatan.
Beliau berkata keadaan di perairan Sabah misalnya, yang pernah berlaku kejadian culik dan jenayah sempadan, ia memerlukan satu tindakan pengawasan yang lebih efisyen dan penuh siap siaga.
"Di perairan Sabah (misalnya), sempadan dengan negara jiran (Filipina dan Indonesia) terlalu panjang, lebih 1,000km. Kita boleh gunakan dron di kawasan sempadan, ini sedang kita fikirkan," katanya dalam program majlis ramah mesra bersama warga Malaysia di Indonesia, di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, malam tadi.
Muhyiddin dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Indonesia bermula Isnin, dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama strategik dengan Indonesia berkaitan isu-isu berkepentingan bersama kedua- dua negara.
Hampir 500 rakyat Malaysia hadir pada majlis ramah mesra itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu keselamatan
#kawasan sempadan
#Menteri Dalam Negeri
#Muhyiddin Yassin
#penggunaan dron
#perairan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan