awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tingkatan enam, matrikulasi bawah KPT perkukuh kesediaan pelajar ke universiti
LHDN galak PMKS laksana e-Invois secara sukarela
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei dipaksa bekerja keras sebelum mara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji kesesuaian pisahkan internet daripada komputer kerja sektor awam - Ali Hamsa

Bernama
Bernama
18/10/2016
04:48 MYT
Kerajaan kaji kesesuaian pisahkan internet daripada komputer kerja sektor awam - Ali Hamsa
Ali berkata jika sekalipun ia mahu dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia, banyak aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu. - Foto Bernama
Malaysia akan mengkaji kesesuaian untuk memisahkan internet daripada komputer kerja dalam sektor perkhidmatan awamnya, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata buat masa ini tiada apa-apa dasar akan diambil berkaitan pemisahan internet itu.
"Jika ia berkaitan keselamatan, ancaman bukan sahaja perlu dilihat dari sudut internet tetapi media sosial juga," katanya kepada Bernama, di sini.
Beliau diminta mengulas perkembangan di Singapura yang mula memisahkan internet daripada komputer kerja penjawat awamnya bagi tujuan keselamatan.
"Kita akan lihat modus operandi Singapura terlebih dahulu," katanya.
Ali berkata jika sekalipun ia mahu dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia, banyak aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu.
"Keadaan tidaklah serius dari segi salah guna internet oleh penjawat awam di Malaysia," katanya ketika ditanya tentang penyalahgunaan internet oleh penjawat awam di Malaysia.
Pada 10 Okt, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dilaporkan berkata kalangan menteri, pegawai kanan sektor awam dan separuh daripada agensi awam telah memisahkan kemudahan melayari Internet daripada komputer kerja mereka bagi meningkatkan aspek keselamatan sistem-sistem kritikal kerajaan.
Lee berkata baki agensi kerajaan sedang dalam proses melaksanakan inisiatif itu sehingga pertengahan tahun depan.
Akhbar The Straits Times melaporkan penjawat awam Singapura masih boleh mengakses laman web menerusi komputer kerajaan berasingan yang dikhususkan untuk tujuan itu, atau menggunakan peranti mudah alih peribadi masing-masing. Bagi komputer kerja mereka, di mana mereka mengakses e-mel mereka, tidak dilengkapi kemudahan melayari Internet. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ali Hamsa
#Internet
#ketua setiausaha negara
#sektor awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan