KUALA LUMPUR: Kerajaan menyedari bantuan one-off untuk peniagaan mikro, kecil dan sederhana melalui inisiatif sebelum ini, hanya memadai untuk mereka meneruskan kehidupan, tetapi tidak mampu memastikan perniagaan mereka berterusan.
Atas sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, untuk melihat bagaimana kerajaan boleh menyalurkan modal permulaan perniagaan untuk golongan terbabit.
Katanya lagi, perbincangan tertumpu ke arah mekanisme pemberian, termasuk dalam menentukan kadar faedah atau moratorium yang berpatutan supaya tidak membebankan golongan penerima.
"Mereka perlu modal untuk memulakan (kembali) bisnes mereka. Jadi saya dah berbincang dengan Menteri Kewangan untuk lihat perkara ini, supaya kerajaan boleh memberikan bantuan, modal memulakan perniagaan semula.
“Cuma sekarang ini tengah bincang mekanisma dari segi, sama ada dari segi tidak perlu bayar, moratorium untuk membayar principal atau interest. Dan mereka tengah mengkaji berapa peratus kadar, supaya apabila kita beri kepada mereka, tentu saja mereka boleh memulakan perniagaan,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian dalam program Wawancara Khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri, yang disiarkan di Astro AWANI, TV3 dan RTM pada Ahad malam.
Ismail Sabri berkata, kerajaan telah menetapkan sasaran yang jelas dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi membantu golongan Peniaga Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), termasuk memastikan mereka dapat menyumbang sekitar 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Jadi ini kita lihat sebagai (antara) program yang kita rancang, walaupun ada masalah dari segi kesihatan, krisis ekonomi yang kita sebut sebagai krisis berkembar. Tapi ianya ada kaitan, dan kita akan bantu golongan ini.
“Macam-macam kita sebutkan, tentang penglibatan dari segi teknologi, bantu dari segi R&D, pengkomersialan, harta intelek dan sebagainya, termasuk dalam program jangka panjang sehingga 2025,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Oct 03 2021
Perdana Menteri berkata, perbincangan tertumpu ke arah mekanisme pemberian, termasuk dalam menentukan kadar faedah atau moratorium yang berpatutan supaya tidak membebankan golongan penerima. - Gambar hiasan
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.