awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji naikkan harga lantai getah

Bernama
Bernama
15/08/2018
21:13 MYT
Kerajaan kaji naikkan harga lantai getah
Kerajaan mengambil maklum cadangan pekebun kecil dan penoreh getah supaya harga lantai komiditi itu ditetapkan antara RM3 hingga RM4 sekilogram. - Foto AFP/Yasuyoshi Chiba
Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk meningkatkan harga lantai getah yang ketika ini ditetapkan pada kadar RM2.20 sekilogram oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kerajaan mengambil maklum cadangan pekebun kecil dan penoreh getah supaya harga lantai komiditi itu ditetapkan antara RM3 hingga RM4 sekilogram.
"Kita mengkaji cadangan ini dan yang lebih penting perlu berkisar kepada kemampuan kewangan negara.
"Kerajaan juga tidak mahu jika harga lantai getah ditentukan lebih tinggi ia akan menyumbang pula kepada aktiviti haram seperti penyeludupan dari negara jiran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Bual Bicara Latihan dan Kerjaya Sektor Komoditi "Sayang Komoditi" di Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar, di sini pada Rabu.
Majlis turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) merangkap Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Samsudin Noor dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Dr Mohd Rashid Buyong Hamzah.
Shamsul berkata, kerajaan sentiasa komited dalam memperjuangkan nasib pekebun kecil dan penoreh getah di negara ini ekoran kejatuhan harga komoditi itu.
"Kita memikirkan langkah paling segera dalam membela nasib mereka, antaranya dengan melebarkan pasaran lebih luas di peringkat antarabangsa.
"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan ke China hujung bulan ini untuk meluaskan pasaran minyak sawit selain mencari peluang pasaran baru seperti di Afrika dan Turki," katanya.
Beliau juga sedang menimbang cadangan daripada pekebun kecil hasil dialog yang meminta kerajaan mempertimbang meneruskan pemberian insentif dan bantuan.
Selain itu, katanya, kerajaan juga mahu membantu menubuhkan lebih banyak industri kecil atau hiliran yang dapat mengembangkan ekonomi pekebun kecil.
"Antaranya ialah pembinaan kilang getah untuk perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti penghasilan bantal dan sebagainya.
"Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada apa jua cadangan berkaitan usaha membela nasib pekebun kecil serta persatuan mereka supaya golongan ini tidak hanya bergantung kepada insentif kerajaan semata-mata," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#kerajaan
#Lembaga Getah Malaysia
#LGM
#pasaran
#pekebun
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
#Timbalan Menteri Industri Utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan