Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Oktober 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Oktober 2026.

Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Oktober 2026.

  1. F1 kembali memukau Sepang, harapan penganjuran semula menyala

    Selepas sembilan tahun sepi tanpa deruman jentera Formula Satu (F1), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kembali bergema, menghidupkan semula kenangan manis sukan permotoran berprestij dunia itu dengan segala yang dirindui peminat -- kelajuan, drama, hujan dan suasana mendebarkan.

  2. MOT gantung MYEG, Zetrix AI susulan tunggakan RM314 juta

    Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI Berhad sebagai ejen pemungut hasil JPJ berkuat kuasa Isnin.

  3. Sekolah ada CCTV, lokasi mayat Irene Sofiya tiada liputan - Fadhlina

    Lokasi mayat pelajar perempuan Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, ditemukan di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, tidak mempunyai liputan kamera litar tertutup (CCTV). 

  4. Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan - Fadhlina

    Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuh dan masih dibenarkan terhadap murid lelaki bagi kesalahan tertentu mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

  5. Tiada PRK bagi Parlimen Petaling Jaya - SPR

    Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.105 Petaling Jaya akan diadakan selepas kerusi itu diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun.

  6. Irene Sofiya maut akibat trauma tumpul di kepala - Polis

    Bedah siasat terhadap mayat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, pelajar sekolah menengah yang dipercayai dibunuh pada Sabtu lepas mendapati, punca kematian akibat trauma tumpul di kepala.

  7. Pencerobohan tanah tidak boleh dipandang ringan - PM Anwar

    Amalan tatakelola yang baik perlu terus dipertahankan dan sebarang bentuk pencerobohan tanah tanpa kebenaran tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjejaskan perancangan negara serta kepentingan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  8. Kertas siasatan kes AKPS dirujuk kepada AGC esok - KPN

    Kertas siasatan berhubung insiden membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) esok.

  9. Jangan sembunyikan isu keselamatan di sekolah demi jaga nama baik - KPN

    Sebarang isu berkaitan keselamatan di sekolah tidak seharusnya disembunyikan untuk menjaga nama baik kerana tindakan itu boleh menyukarkan usaha polis menangani sesuatu kejadian, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

  10. PN fail semakan kehakiman cabar notis ROS

    Perikatan Nasional (PN) memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin bagi mencabar tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung status pendaftaran gabungan politik itu.

Must Watch Video

Advertisement