awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji semula SOP dalam memberi kewarganegaraan - Muhyiddin

Bernama
Bernama
01/04/2019
09:44 MYT
Kerajaan kaji semula SOP dalam memberi kewarganegaraan - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Tidak semua kes sama dan kementerian perlu mengkaji setiap kes sebelum membuat sebarang keputusan. - Bernama
Kerajaan akan mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada berhubung proses pemberian kewarganegaraan.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kajian semula itu bertujuan mempercepatkan proses permohonan, tertakluk kepada undang-undang sedia ada dan Perlembagaan Persekutuan.
"Untuk mempercepatkan di mana ia boleh dilaksanakan, jadi pihak yang berkenaan tidak perlu menunggu terlalu lama, itulah yang kami cuba lakukan (kajian semula)... ia akan berteraskan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Isnin.
Beliau diminta mengulas mengenai langkah kementerian untuk mengatasi masalah berkaitan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan dan rakyat Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri.
Muhyiddin berkata tidak semua kes sama dan kementerian perlu mengkaji setiap kes sebelum membuat sebarang keputusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak tanpa kerakyatan
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#Perlembagaan Persekutuan
#peruntukan undang-undang
#proses pemberian kewarganegaraan
#rakyat Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan