awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok

Pia Ernadya
Pia Ernadya
19/05/2024
10:00 MYT
Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok
Fahmi meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu yang menghantar kertas ugutan bunuh kepada Teresa Kok. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Menurutnya, Teresa telah membuat laporan polis dan menyerahkan urusan seterusnya kepada pihak berkuasa.
"Saya kesal kerana perkara seperti ini tidak harus diperlakukan kepada Ahli Parlimen di pihak kerajaan mahupun pembangkang.
"Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat... jadi saya kecam tindakan seperti ini," katanya kepada pemberita semasa sidang media selepas pelancaran Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 pada Ahad.
Tambahnya lagi, tindakan itu adalah sesuatu yang cukup memalukan.
Terdahulu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.
Menurut Naib Pengerusi DAP itu, kejadian tersebut seolah-olah tidak masuk akal malah beliau mempersoalkan kesalahan yang telah dilakukan sehingga menerima ugutan bunuh.
Topic Berkaitan
#Teresa Kok
#Fahmi Fadzil
#ugutan bunuh
#peluru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan