awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kelantan jangka laksana sistem e-Tanah pada tahun 2028

Bernama
Bernama
22/04/2025
03:00 MYT
Kerajaan Kelantan jangka laksana sistem e-Tanah pada tahun 2028
Mohd Nassuruddin hadir pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Persidangan DUN Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, hari ini. -- fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dijangka melaksanakan sistem e-Tanah pada tahun 2028, dalam usaha meningkatkan prestasi pentadbiran tanah di negeri itu.
Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bagi memperkasakan urusan pentadbiran tanah itu, beberapa enakmen baharu juga telah diluluskan dan sedang dilaksanakan.
Beliau berkata enakmen berkenaan ialah Enakmen Pesuruhjaya Tanah Kelantan 2017, Enakmen Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan 2022 dan Enakmen Pertanian 2022.
"Dengan adanya kesemua enakmen ini, ia akan berfungsi untuk menyokong kuasa pentadbiran tanah negeri Kelantan," katanya.
Mohd Nassuruddin menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) mengenai tindakan kerajaan negeri dalam meningkatkan prestasi pentadbiran tanah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga berhasrat untuk memperkasakan penguatkuasaan undang-undang tanah melalui penggunaan sistem e-Tanah, apabila segala notis yang dikeluarkan dapat dijejaki secara lebih efisien di dalam sistem daripada awal sehingga sesuatu kes tersebut selesai.
"Pemantauan secara dalam sistem e-Tanah juga akan dapat mengelakkan kes-kes notis yang luput akibat ketiadaan tindakan susulan," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri khususnya menerusi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG), sentiasa mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan kursus pentadbiran tanah melalui kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Geomatika Malaysia dan Universiti Sains Malaysia, kepada pegawai yang terlibat dalam pentadbiran tanah.
"Penempatan strategik pegawai-pegawai juga telah dilakukan ke Pejabat Tanah dan Jajahan serta lain-lain jabatan yang melibatkan urusan tanah bagi tujuan memperkasakan pentadbiran tanah.
"Selain itu, pengambilan pegawai dan kakitangan yang terlibat telah dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran tanah seperti juruukur, pegawai penilai, pegawai geologi dan lain-lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Nassuruddin Daud
#e-Tanah
#DUN Kelantan
#enakmen baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan