NATIONAL
Kerajaan Kelantan muktamadkan semakan enakmen hiburan, fokus perkasa penguatkuasaan

Cadangan untuk menaikkan kadar denda bagi kesalahan di bawah enakmen tersebut sebagai langkah pengajaran kepada individu dan badan korporat. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan kini sedang memuktamadkan semakan terhadap Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 untuk memastikan undang-undang tersebut kekal relevan dan berkesan selaras dengan keperluan semasa.
Ringkasan AI
- Kerajaan Kelantan sedang memuktamadkan semakan terhadap Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 untuk memastikan undang-undang tersebut relevan dan berkesan.
- Cadangan untuk menaikkan kadar denda bagi kesalahan di bawah enakmen tersebut sebagai langkah pengajaran kepada individu dan badan korporat.
- Penggiat seni dikir barat diingatkan untuk memelihara keaslian seni tersebut dan menghindari unsur negatif dalam persembahan mereka.
"Kita juga sedia maklum bahawa terdapat tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri yang berlatar belakang sebagai peguam, termasuk saya sendiri. Pada Rabu ini, kita akan mengadakan mesyuarat Exco untuk membincangkan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebudayaan Islam 2025 di Dewan Putik, Pengkalan Chepa, hari ini.
Sementara itu, Mohamed Fadzli turut mengingatkan penggiat seni, khususnya pendikir barat dan persatuan dikir barat, agar terus mengembangkan seni tersebut dengan memelihara keaslian dan kemurniaannya.
Menurutnya, seni dikir barat perlu dijadikan medium untuk membentuk masyarakat dan membina sahsiah, justeru itu menjadi tanggungjawab pemain industri untuk memastikan ia tidak tercemar dengan unsur negatif.
"Sebagai contoh Wali Songo seperti Sunan Kalijaga, seorang tokoh dakwah terkenal di Nusantara yang menggunakan muzik, nyanyian dan persembahan budaya sebagai pendekatan menyampaikan ajaran Islam. Kejayaan beliau membuktikan bahawa seni dan budaya mampu menjadi wahana dakwah yang kuat.
"Kita berharap seni dikir barat, yang juga lambang budaya dan imej negeri Kelantan, tidak tercemar dengan kata-kata kesat, berunsur lucah dan sebagainya, supaya ia boleh diterima sebagai seni yang murni," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami