awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited pastikan tidak berlaku gangguan rantaian bekalan makanan

Bernama
Bernama
16/11/2021
13:39 MYT
Kerajaan komited pastikan tidak berlaku gangguan rantaian bekalan makanan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited memastikan tiada gangguan dalam rantaian bekalan makanan yang boleh menyebabkan harga makanan meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
"Pemeriksaan dan pemantauan menyeluruh lebih 1,000 pegawai pemantau harga serta 2,200 pegawai penguat kuasa di peringkat pemborong dan peruncit akan terus digerakkan
"Ini supaya tidak berlakunya aktiviti pencatutan harga dan peniaga kekal menjalankan perniagaan secara beretika di seluruh negara," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata pelbagai faktor yang boleh menyebabkan trend kenaikan harga, antaranya kenaikan kos penghantaran, keadaan pertumbuhan lemah di negara pengeksport, faktor tukaran wang asing, cuaca dan permintaan yang melambung sebaik sektor ekonomi dibuka.
Oleh itu, kementerian melaksanakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan sama ada agensi kerajaan berkaitan atau pemain industri sebelum merumuskan tindakan sewajarnya bagi memelihara kepentingan semua pihak dalam mengatasi isu itu, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rantaian bekalan makanan
#harga makanan
#Alexander Nanta Linggi
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan