awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited pulihkan Proton - PM Najib

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
03/02/2018
04:45 MYT
Kerajaan komited pulihkan Proton - PM Najib
Kerajaan akan terus membantu Proton agar syarikat automotif itu tidak tenggelam dan lenyap. - Foto Twitter/@NajibRazak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan akan memulihkan syarikat automotif negara, Proton Holdings Berhad (Proton) bersama-sama dengan DRB-HICOM.
Tegasnya, kerajaan akan terus membantu Proton agar syarikat automotif itu tidak tenggelam dan lenyap.
“Oleh kerana selama ini terlalu banyak campur tangan politik dalam pentadbiran, jadi, kita berasa kita tidak akan biarkan Proton tenggelam, kita takkan biarkan Proton lenyap, tetapi Proton perlu sokongan dan bantuan daripada kerajaan dipulihkan.
“Saya dan kerajaan pimpinan saya akan pulihkan Proton bersama dengan DRB-HICOM,” katanya semasa berucap melancarkan Kluster Automotif Nasional @Proton City di sini hari ini.
Antara lain, pelan pembangunan itu merangkumi pembangunan Bandar Belia 1Malaysia Youth City, rancangan Edu City pada masa yang sesuai, hab automotif berteknologi tinggi termasuk teknologi kereta elektrik, teknologi hijau, teknologi bateri kereta yang terkini, teknologi industri 4.0 dan Artificial Intelligence.
Jelasnya, dakwaan bahawa kerajaan tidak membantu Proton adalah tidak benar.
“Sebab itulah kalau ada org kata kita tidak tolong (Proton) itu adalah pendustaan sama sekali. Kita bagi pinjaman murah, suntikan modal, insentif dan kita syaratkan bahawa kalau Proton nak maju ke hadapan kita tiada pilihan melainkan pilih sebuah rakan strategik,” katanya lagi.
Malah, kerajaan sedar semua cabaran dihadapi Proton adalah disebabkan modelnya yang berpaksi kepada semangat ekonomi nasional.
“Kita telah mengkaji sejarah Proton tanpa perasaan emosi yang sempit,” ujar Najib.
Topic Berkaitan
#DRB-Hicom
#kerajaan
#kereta
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#politik
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan