awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lancar Chatbot AIFA, perangi maklumat palsu

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
28/01/2025
04:40 MYT
Kerajaan lancar Chatbot AIFA, perangi maklumat palsu
Fahmi berkata pada ketika ini pengguna boleh menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk berhubung dengan Chatbot tersebut. - Foto fail/BERNAMA
CYBERJAYA: Kerajaan hari ini melancarkan Chatbot kecerdasan buatan (AI) dikenali sebagai Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) diterajui MCMC.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Chabot tersebut bertujuan memerangi maklumat palsu, selain berfungsi sebagai platform rakyat menyemak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian.
Jelasnya, pada ketika ini pengguna boleh menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk berhubung dengan Chatbot tersebut dan beliau berharap dapat menampilkan lebih banyak bahasa yang digunakan di Malaysia pada masa akan datang.
“AIFA adalah alat penting untuk memperkasa rakyat dengan maklumat yang telah disahkan oleh pihak berwajib, dan mengurangkan impak buruk daripada maklumat palsu yang tersebar.
“Dengan kemudahan ini, pihak MCMC menawarkan kepada rakyat cara yang mudah, pantas dan boleh dipercayai untuk mengesahkan maklumat yang mereka terima atau temui secara dalam talian," katanya demikian ketika berucap di sini hari ini sempena Majlis Pelancaran Chatbot tersebut.
Chatbot AIFA juga berperanan meningkatkan fungsi portal Sebenarnya.my dengan tiga objektif utama.
Ini termasuk membantu rakyat menyemak dan mendapatkan maklumat sahih dengan cepat dan mudah.
Selain itu, ia mempercepat maklum balas terhadap maklumat tidak sahih dalam talian serta memperkukuh peranan Sebenarnya.my dalam menangani penyebaran maklumat palsu di Malaysia.
Fahmi turut memaklumkan, tahun lalu, MCMC telah memohon penurunan 19,546 kandungan berita palsu daripada pelbagai platform dalam talian.
Daripada jumlah itu, 17,245 kandungan diturunkan.
Tahun ini, ujar Fahmi, setakat semalam, MCMC memohon penurunan 1,575 kandungan berita palsu.
Daripada jumlah itu, 1,233 kandungan berita palsu telah diturunkan.
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#Fahmi Fadzil
#AIFA
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan