PERMATANG PAUH: Kerajaan telah meluluskan dana awal sebanyak RM1.9 juta untuk membaiki kerosakan yang dialami Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To' Kandu di sini akibat kebakaran pada 22 Sept lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah datang mendengar taklimat dan sekarang Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyiapkan laporan awal.
"Saya telah arahkan semua laporan disiapkan segera supaya projek ini akan dapat dilaksanakan.
"Dana-dana kecil seperti pembersihan, penghadang keselamatan dan sebagainya telah diluluskan.
"Jumlah dana awal dianggarkan RM1.9 juta telah diluluskan," kata beliau kepada pemberita selepas melawat sekolah itu di sini hari ini.
Anwar berkata kerajaan sekarang memang cekap dan cepat dalam menangani masalah yang menimpa rakyat.
"Kalau boleh laporan awal siap minggu depan, minggu depan kita buat tender terhad... kerajaan sekarang cekap dan cepat," katanya.
Beliau berkata projek ini akan dibuat secara 'fast-track' dan bukan tender biasa.
"Kita nak buat proses fast track bukan tender biasa tetapi tender terhad supaya projek ini dapat dipercepatkan dan tidak menganggu pelajaran anak-anak di sini," kata beliau.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, 22 Sept lepas, lima bilik darjah di bangunan empat tingkat sekolah itu terbakar dan ketika kejadian tiada murid di sekolah kerana lepas waktu persekolahan manakala guru pula berada di bilik guru.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kebakaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Anwar Ibrahim melawat Sekolah Kebangsaan Tok Kandu yang terbakar baru-baru ini. --fotoBERNAMA

Kerjasama rapat antara agensi elak pertindihan usaha noktah kemiskinan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.
Acacia residensi warga emas bertaraf premium
Pacific Senior Living Sdn Bhd tampil memperkenalkan residensi komuniti warga emas bertaraf premium dikenali sebagai Acacia yang beroperasi di Klang.
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.

Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

COP28: Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.

Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun ke atas - Pakar
Individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda.
AWANI Ringkas: Operasi SAR runtuhan gudang tamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sokongan antarabangsa untuk Palestin meningkat, terbongkar Israel tidak bermaruah - Pensyarah USIM
Dunia ketika ini menyaksikan peningkatan sokongan kepada negara dan rakyat Palestin yang terus dibantai oleh Israel.

Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran
BN dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.

PM Anwar mahu syarikat telco komited bantu TVET, PEDi
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara perkara perlu diberi tumpuan adalah meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang digital, yang menurut beliau masih kurang di Malaysia.

Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dibuka Disember - Anwar
Permohonan program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik akan dibuka kepada rakyat pada Disember ini.

Elaun pengurus, penolong pengurus PEDi dinaikkan RM500
Elaun bagi pengurus dan penolong pengurus Pusat Ekonomi Digital Negara (PEDi) dinaikkan RM500.

Penurunan duti hiburan bukan untuk galak maksiat - Anwar
Anwar menambah kerajaan turut memperuntukkan RM160 juta untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dalam Belanjawan 2024.

Tidak adil banding peruntukan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung - Anwar
Anwar berkata kadar Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah turut ditingkat di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Pendaftaran, tuntutan kredit eMADANI RM100 bermula Isnin ini - PM Anwar
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Malaysia raih komitmen pelaburan RM347 bilion sepanjang misi perdagangan - PM Anwar
Beliau berkata pelaburan tersebut diraih di China, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Pengecualian visa: Aspek keselamatan negara tidak diabaikan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa aspek keselamatan negara tidak akan diabaikan susulan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara.

Islam dan Konfusianisme: Malaysia mesti jadi contoh pembentukan era etika global - PM Anwar
Islam dan konfusianisme masing-masing menekankan usaha mencari kedamaian dalaman dan luaran.