KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan menerusi Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-42 hari ini bersetuju meluluskan Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), atau dikenali sebagai PeGTaECRL.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dokumen itu akan memacu pembangunan di sekitar 20 stesen dan sepanjang laluan ECRL yang telah dikenal pasti.
"MPFN menjadi platform bagi Kerajaan Persekutuan berbincang dengan kerajaan negeri berkaitan hal ehwal perancangan bandar dan desa serta pembangunan fizikal negara, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam hantaran di laman Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata mesyuarat itu turut bersetuju dengan penambahbaikan kepada proses kelulusan dalam pembinaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektik melalui Garis Panduan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik dan Prosedur Pemajuan.
Perdana Menteri juga berkata ia selari dengan transformasi industri automatif negara ke arah peralihan masa depan yang lebih mesra alam dan mampan.
"Ketersediaan infastruktur pengecasan amat penting dalam transformasi sektor automotif ini," katanya.
Anwar berkata MPFN Ke-42 juga bersetuju dengan keperluan pemakaian Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 dan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara oleh Agensi Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri serta penterjemahan cadangannya dalam dokumen rancangan tempatan untuk kawalan perancangan dan guna tanah peringkat tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Kerajaan Persekutuan menerusi Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-42 hari ini bersetuju meluluskan Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), atau dikenali sebagai PeGTaECRL. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

STEM penting untuk pembangunan negara - Mohamad
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) penting dalam pembangunan negara sekali gus membantu memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju.

EU sekat penjualan mikroplastik
Suruhanjaya Eropah sekat penjualan mikroplastik dan produk yang secara sengaja mengeluarkan mikroplastik semasa digunakan, menurut kenyataan suruhanjaya itu pada Isnin.

Kesusahan Zaiton Sameon dapat perhatian LZS
Kepayahan hidup penyanyi popular era 80-an, Zaiton Sameon, 67, yang memohon bantuan kewangan kerana hidup sebatang kara mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Malaysia Airlines lancar penerbangan baharu ke Kertajati Indonesia
Malaysia Airlines memperluaskan rangkaiannya di Indonesia dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu terus dari Kuala Lumpur ke Kertajati bermula 30 Oktober ini.

Lelaki cedera kereta dihempap pokok di puncak Gunung Jerai
Seorang lelaki mengalami cedera ringan setelah kenderaan dinaiki dihempap pokok dalam kejadian di puncak Gunung Jerai kira-kira jam 6.55 petang Isnin.

Musim menuai di Kedah bantu pulih bekalan beras putih di pasaran
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran domestik akan dapat dipulihkan susulan musim menuai di negeri Kedah telah bermula.

AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Lebih RM302.4 juta bayaran saman dikutip dalam tempoh lapan bulan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM302,433,000 dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas melibatkan 1,913,840 saman.
AWANI 7:45 [25/09/2023] - Sanusi sahkan beri keterangan | Teknologi AI terbuka sumbang jenayah | Tarikh penamaan 21 Oktober 2023 | Peluang rangkul pingat emas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar;
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia

Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib
Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.

Kerajaan lulus Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan ECRL - PM
Perdana Menteri berkata dokumen itu akan memacu pembangunan di sekitar 20 stesen dan sepanjang laluan ECRL yang telah dikenal pasti.

Proses pengambilan tanah bagi projek ECRL telah siap 93 peratus
Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer telah siap 93 peratus, kata Pengurus Besar Unit Perniagaan Kereta Api China Harbour Engineering Company Ltd

Kemajuan projek ECRL lebih 48 peratus
Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan sebanyak 48.77 peratus sehingga kini, kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Kementerian Pengangkutan ada pelbagai rancangan tingkat ekonomi Terengganu
Kementerian Pengangkutan (MOT) mempunyai pelbagai perancangan untuk memanfaatkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai pemangkin pembangunan ekonomi di Terengganu.

ECRL: Proses ambil tanah Taman Sungai Sireh hanya selepas lalui prosedur undang-undang
Proses pengambilan tanah di sekitar Taman Sungai Sireh bagi Projek ECRL hanya akan bermula setelah semua proses dan prosedur undang-undang dilaksanakan.

Pemasangan landasan ECRL bermula akhir tahun, libat laluan Gebeng-Dungun
Ia melibatkan laluan sepanjang 90km dengan jangkaan siap antara tiga ke empat bulan sebelum kerja pemasangan diteruskan dari Gebeng ke Maran.

Kerajaan akan pastikan tambang ECRL berpatutan - Loke
Loke berkata kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat dalam menentukan harga tiket penumpang

Pastikan ECRL jadi pemangkin perubahan Pantai Timur - PM Anwar
Kerajaan belum membuat keputusan lagi berhubung kadar tambang yang akan ditetapkan bagi perkhidmatan Keretapi Laluan Pantai Timur (ECRL).

ECRL: Kerajaan Pahang pastikan pampasan setimpal
Kerajaan negeri juga memberi perhatian serius dalam memastikan ex-gratia diberikan kepada penduduk yang terjejas pendapatan.

Penembusan Terowong Genting ECRL dijangka suku kedua 2025
Kerja pengorekan terowong dengan menggunakan mesin TBM bermula sejak Jun 2022 manakala pengorekan Terowong Genting kedua bermula November.