awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lulus pemberian vaksin D-TaP kepada ibu mengandung akhir tahun ini

Bernama
Bernama
13/05/2024
13:08 MYT
Kerajaan lulus pemberian vaksin D-TaP kepada ibu mengandung akhir tahun ini
Dr Dzulkefly berkata pemberian vaksin itu bertujuan melindungi bayi baharu lahir daripada jangkitan penyakit pertussis atau batuk kokol. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi difteria-tetanus-pertussis (D-TaP) kepada ibu mengandung bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata pemberian vaksin itu bertujuan melindungi bayi baharu lahir daripada jangkitan penyakit pertussis atau batuk kokol.
"Vaksin ini akan diberikan secara percuma di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP)," katanya kepada media selepas sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan dan Sidang Kemuncak Imunisasi Kebangsaan 2024 di sini hari ini.
Dzulkefly berkata selain D-TaP, kerajaan sedang mempertimbang untuk memasukkan vaksin influenza ke dalam program NIP khusus untuk golongan warga emas.
"Masih dalam pertimbangan kerana kita tahu warga emas terdedah kepada risiko (jangkitan), saya harap mungkin untuk tahun depan dalam Bajet 2025 atau seterusnya, kita akan mohon untuk dimasukkan dalam NIP khas untuk golongan warga emas," katanya.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail berkata D-TaP sebanyak satu dos akan diberikan kepada ibu mengandung yang dalam trimester ketiga atau usia kandungan antara 27 hingga 32 minggu.
"Selalunya kes batuk kokol ini mereka (pesakit) tidak dapat vaksin atau belum dapat vaksin itu (D-TaP), kita mahu supaya anak sebelum mereka tiba ke umur tiga bulan, mereka dapat imunisasi ini daripada ibu mereka," katanya.
Batuk kokol adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria Bordetella Pertussis sehingga menyebabkan ia menjangkiti mulut, hidung dan tekak dan tersebar melalui udara ketika pesakit bersin atau batuk.
Antara gejala dijangkiti penyakit berkenaan termasuk mengalami batuk berpanjangan dalam tempoh satu hingga dua minggu serta boleh berlarutan sehingga dua bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#D-TaP
#warga emas
#vaksin influenza
#batuk berpanjangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan