awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Malaysia, Kyrgyzstan senada iktiraf Afghanistan di pentas antarabangsa
DUNIA
[TERKINI] Konflik Israel-Iran: Apa kita tahu setakat ini?
GADGETS
Pemandangan Street View lama kini boleh diakses menerusi Google Earth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kerajaan lulus RM2.28 bilion untuk pembangunan di Sandakan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/04/2019
12:11 MYT
Sponsor Banner
Kerajaan lulus RM2.28 bilion untuk pembangunan di Sandakan
Lim berkata, kesejahteraan ekonomi yang berterusan adalah sasaran utama projek pembangunan itu yang bakal memanfaatkan hampir 400,000 penduduk di daerah Sandakan. - Gambar fail
Kerajaan telah meluluskan 49 projek pembangunan bernilai RM2.28 bilion di daerah Sandakan, Sabah.
Ia meliputi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Anip yang dianggarkan bernilai RM40 juta dan projek pembesaran Lapangan Terbang Sandakan bernilai RM80 juta.
Selain itu, tambah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini, beberapa projek lain bagi peningkatan kedudukan ekonomi di dareah Sandakan terus diberi penekanan.
"Ia merangkumi projek-projek bagi industri berasaskan minyak dan kelapa sawit serta penyediaan kemudahan jaringan pengangkutan yang bakal merancakkan lagi ekonomi setempat,” katanya.
Lim menjelaskan, kesejahteraan ekonomi yang berterusan adalah sasaran utama projek pembangunan itu yang bakal memanfaatkan hampir 400,000 penduduk di daerah Sandakan.
"Kerajaan terus memberi penekanan yang serius ke atas pembangunan di daerah Sandakan yang merupakan bandar kedua terbesar di Sabah, meliputi kawasan Parlimen Sandakan, Batu Sapi dan Libaran, untuk terus mendapat kemudahan terbaik daripada kerajaan.
"Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan secukupnya di Sandakan agar pembangunan ekonomi terus berkembang sebagai salah satu pusat perniagaan yang berdaya maju di sebelah timur Negeri Sabah," katanya.
Kurang tiga minggu dari sekarang, pilihan raya kecil Sandakan akan berlangsung pada 11 Mei.
Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt, akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.
Dalam pilihan raya umum lalu, calon DAP Wong Tien Fatt mengalahkan calon LDP Lim Ming Ho.
Topic Berkaitan
#DAP
#ekonomi
#Lim Guan Eng
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#peruntukan
#pilihan raya umum
#PRK
#projek pembangunan
#PRU14
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami