DUNIA
[TERKINI] Konflik Israel-Iran: Apa kita tahu setakat ini?
![[TERKINI] Konflik Israel-Iran: Apa kita tahu setakat ini? [TERKINI] Konflik Israel-Iran: Apa kita tahu setakat ini?](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-06/61750905248_IranIsraelMideas.jpg)
Anggota tentera Israel dan pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat di celah runtuhan bangunan kediaman yang musnah akibat serangan peluru berpandu Iran. - Foto AP
IRAN membuka semula ruang udara di bahagian timurnya selepas gencatan senjata mengakhiri 12 hari pertempuran sengit dengan Israel, ketika Amerika Syarikat mendakwa serangannya baru-baru ini telah melumpuhkan program nuklear Iran.
Ketua CIA, John Ratcliffe, menyatakan bahawa risikan terkini menunjukkan kemusnahan yang ketara sehingga memerlukan bertahun lamanya untuk dibangunkan semula.
Dalam perkembangan berkaitan, Tehran mengecam keras kenyataan Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte, yang disifatkan sebagai memuji serangan AS ke atas wilayah Iran - satu tindakan yang dianggap oleh Kementerian Luar Iran sebagai “jenayah pencerobohan”.
Konflik antara Israel dan Iran terus memuncak selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran.
Serangan ini dilaporkan menyasarkan infrastruktur bawah tanah, namun menurut Ahli Parlimen Iran, kerosakan dianggap “tidak serius” dan hanya melibatkan bahagian permukaan yang boleh dipulihkan.
Iran juga memaklumkan tiada kebocoran bahan radioaktif berlaku, manakala Israel mengesahkan telah mengesan peluru berpandu dilancarkan dari Iran, dan menggesa rakyatnya untuk berlindung segera.

Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke Israel beberapa jam selepas serangan Amerika Syarikat. - Foto/REUTERS
Serangan AS ini dilihat sebagai lanjutan daripada ketegangan serantau yang makin meruncing selepas beberapa siri serangan balas antara Iran dan Israel, termasuk pelancaran dron dan peluru berpandu sebelum ini.
Berikut perkembangan setakat Khamis (26 Jun) susulan serangan AS ke atas Iran:
- Iran telah melaksanakan rombakan besar dalam struktur kepimpinan tenteranya.
- Iran akan mengadakan upacara pengebumian negara pada hari Sabtu ini bagi menghormati komander tentera kanan dan saintis nuklear yang terbunuh
- António Guterres, menggesa Iran dan Israel agar menghormati sepenuhnya gencatan senjata yang dipersetujui selepas hampir dua minggu pertempuran yang mengancam kestabilan serantau.
- Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menyatakan kesediaan negaranya untuk menyelesaikan sebarang isu yang berbangkit dengan Amerika Syarikat (AS).
- Penilaian awal perisikan Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa serangan udara ke atas tiga kemudahan nuklear utama Iran tidak memusnahkan komponen teras program nuklear negara itu,.
- White House menafikan laporan media yang memetik penilaian risikan mendakwa serangan udara Amerika Syarikat terhadap Iran tidak memusnahkan komponen utama program nuklear negara itu.
- Penilaian awal perisikan Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa serangan udara ke atas tiga kemudahan nuklear utama Iran tidak memusnahkan komponen teras program nuklear negara itu.
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengisytiharkan bahawa negaranya telah mencapai “kemenangan bersejarah” dalam konflik 12 hari dengan Iran
- IRGC Iran menuduh Israel melanggar perjanjian gencatan senjata yang dimeterai baru-baru ini dan memberi amaran bahawa Tehran bersedia menyambung semula operasi ketenteraan jika pelanggaran berterusan.
- Donald Trump mendakwa AS telah melakukan serangan "sangat berjaya" ke atas kemudahan nuklear Iran di Fordow, Natanz, dan Isfahan.
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengucapkan tahniah kepada Trump, dan menyifatkannya sebagai “keputusan berani” yang akan mengubah landskap keselamatan global.
serangan udara ke atas Iran tanpa kebenaran rasmi daripada Kongres, mencetuskan perdebatan hangat mengenai kuasa perlembagaan dan penglibatan ketenteraan AS di luar negara.
- Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) mendakwa Presiden Donald Trump telah melancarkan - Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi, mengecam keras serangan udara AS ke atas tiga fasiliti nuklear utama Iran, menyifatkannya sebagai “tindakan melampau” yang akan membawa “kesan jangka panjang” terhadap kestabilan global.
- Pegawai kanan Israel dilaporkan mengesahkan bahawa serangan ke atas kemudahan nuklear Iran dilakukan dalam “penyelarasan penuh” dengan Amerika Syarikat (AS).
- Memetik Al-Jazeera, Iran memaklumkan lebih 400 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 3,056 lagi cedera sejak Israel melancarkan serangannya pada 13 Jun. Di Israel, sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam serangan Iran.

Bangunan di Israel musnah terkena serangan Iran. - Foto/REUTERS
- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, melahirkan kebimbangan mendalam terhadap tindakan ketenteraan AS ke atas Iran.
- Hamas mengutuk serangan AS ke atas Iran sebagai pencerobohan kurang ajar terhadap wilayah dan kedaulatan Iran.
- Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) mengecam serangan ke atas tiga tapak nuklear dan menyifatkannya sebagai pelanggaran serius undang-undang antarabangsa dan Perjanjian NPT dan bernjanji tidak akan hentikan program pembangunan industri nuklear.
- Pihak berkuasa New York meningkatkan kehadiran polis di lokasi-lokasi sensitif termasuk tapak keagamaan, kebudayaan dan diplomatik susulan ketegangan global yang semakin memuncak berikutan serangan udara AS dan Israel ke atas Iran.
- Kementerian Luar Malaysia mengesahkan seramai 24 individu termasuk 17 rakyat Malaysia telah berjaya dibawa keluar dari Iran susulan konflik yang semakin meruncing di negara itu.
- Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, kesemua mereka berjaya memasuki pintu sempadan ke Turkmenistan pada malam Sabtu.
- Semalam, Mohamad memberitahu Kedutaan Malaysia di Iran diarahkan menutup operasi buat sementara, dan semua rakyat Malaysia diarah keluar dari Iran.
- Tentera Israel memaklumkan bahawa mereka telah mengenal pasti peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran. Pihak berkuasa menggesa orang awam yang menerima amaran kecemasan supaya segera berlindung.
Presiden Iran Masoud Pezeshkian menegaskan bahawa hak yang diberikan kepada negara di bawah undang-undang antarabangsa "tidak boleh dirampas melalui peperangan dan ancaman,".
- - Kata kunci “World War III” menjadi trending di pelbagai platform media sosial selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara ke atas tiga tapak nuklear utama Iran.
- Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya susulan serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Arab Saudi menyatakan kebimbangan mendalam terhadap perkembangan terkini di Iran susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan kemudahan nuklear negara itu.
- - Jabatan Polis Amerika Syarikat (AS) berada dalam keadaan siap siaga susulan pengumuman Presiden Donald Trump bahawa pasukan tentera negara itu telah menyerang tiga tapak utama nuklear Iran.
- Apakah sebenarnya signifikan tapak nuklear Fordow sehinggakan Amerika Syarikat sanggup masuk campur secara terbuka dalam konflik Iran-Israel dengan mengebomnya?
- Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat tergempar Lembaga Gabenor IAEA pada Isnin susulan serangan tentera Amerika Syarikat.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan tindakan Amerika Syarikat (AS) sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa yang tidak boleh diterima.
Castle Buster*, yang didakwa mampu menembusi pertahanan canggih dan menyerang sasaran sejauh 1,450 kilometer.
- Iran memperkenalkan misil balistik baharu dikenali sebagai *- Tentera Israel mendakwa telah menyerang pelancar peluru berpandu di Tehran dan memusnahkan tiga pelancar aktif.
- Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran bermula dengan satu helah strategik yang mengejutkan dunia.
Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.
- IAEA mengesahkan bahawa pintu masuk ke terowong bawah tanah di tapak nuklear Isfahan Iran telah rosak akibat serangan udara AS.- Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menyertai ribuan rakyat Iran dalam satu perhimpunan besar di Dataran Enghelab.
- China mengecam serangan Israel sebagai pelanggaran kedaulatan Iran dan menyeru semua pihak menahan diri serta mengelakkan tindakan ketenteraan lanjut.
- Donald Trump mencetuskan spekulasi perubahan rejim di Iran selepas menyatakan di Truth Social bahawa jika rejim kini gagal "menjadikan Iran hebat semula", maka perubahan mungkin diperlukan.
- Rusia mengecam Israel di Majlis Keselamatan PBB kerana tidak menyertai Perjanjian NPT dan mengelak daripada pemeriksaan penuh IAEA.
- Kementerian Kesihatan Iran mengesahkan tiada kebocoran radiasi berlaku di sekitar tapak nuklear Fordow, Natanz dan Isfahan selepas serangan udara oleh AS dan Israel.
- Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan rundingan “serius” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
- Tiga orang dilaporkan terbunuh selepas sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit ke hospital terkena serangan udara Israel di wilayah tengah Iran.
- Khamenei menyifatkan tindakan Israel sebagai kesalahan besar yang tidak boleh dibiarkan tanpa balasan.
- Penasihat pemimpin tertinggi Iran tegas simpanan uranium masih selamat.
- Peluru berpandu yang melanda beberapa kawasan di Israel dipercayai dilancarkan dari Yaman oleh kumpulan Houthi, bukan dari wilayah Iran.
- Ahli Kongres AS terus pertikai keabsahan serangan Trump ke atas Iran.
- Kemungkinan penutupan Selat Hormuz oleh Iran tidak akan mengecualikan Amerika Syarikat daripada kesan yang timbul, malah tiada negara akan terselamat daripada gangguan pasaran minyak global,.
- Penanda aras Brent melonjak sehingga 5.7 peratus kepada AS$81.40 setong - paras tertinggi sejak Januari,
- Penduduk di Iran terpaksa bergantung kepada kaedah komunikasi lama seperti Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk berhubung dengan ahli keluarga dan pihak berkepentingan.
- Presiden Donald Trump dijadualkan bertemu dengan pasukan keselamatan negara bagi membincangkan tindak balas strategik terhadap krisis Iran-Israel.
- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio memberi amaran kepada Iran agar tidak menutup Selat Hormuz.
- Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan amaran keselamatan global yang menasihatkan rakyatnya di luar negara supaya "mengambil langkah berjaga-jaga tambahan".
- Seorang ibu dan anaknya dilaporkan terbunuh dalam serangan dron Israel yang menyasarkan Hospital Farabi.
- Dua kapal supertanker berpatah balik di Selat Hormuz selepas serangan udara AS ke atas kemudahan nuklear Iran, mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan perkapalan.
- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam pertemuan dengan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC ke-51 di Istanbul, Turki menyeru semua pihak agar mengawal tindakan masing-masing bagi mengelakkan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
- Rusia, China dan Pakistan kemuka draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB yang mengecam serangan oleh AS dan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran.
- Iran menegaskan tidak akan menarik diri daripada Perjanjian Mengenai Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) walaupun berdepan serangan ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan Israel.
- Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengesahkan telah melancarkan gelombang serangan terbaharu ke atas Israel menggunakan gabungan peluru berpandu dan dron, dalam apa yang digambarkan sebagai operasi taktikal untuk menembusi sistem pertahanan udara berlapis Israel.
- Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong mengecam sekeras-kerasnya serangan dilancarkan AS ke atas Iran dan kemudahan nuklear yang dipantau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
- Serangan peluru berpandu Iran telah mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di beberapa bandar di selatan Israel selepas sebuah kemudahan infrastruktur strategik menjadi sasaran.
- Iran melancarkan peluru berpandu balistik Khyber (Kheibar Shekan) dalam serangan ke-20 ke atas Israel, menggunakan taktik baharu bersama dron pintar untuk meningkatkan ketepatan dan keberkesanan.
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi mengumumkan bahawa gencatan senjata di antara Israel dan Iran kini berkuat kuasa.
- Pejabat Perdana Menteri Israel mengesahkan Benjamin Netanyahu menerima cadangan gencatan senjata dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, selepas mendakwa Israel telah mencapai semua objektif ketenteraan dalam Operasi Rising Lion.
- Konflik Israel-Iran yang semakin memuncak telah meningkatkan ketidakstabilan serantau dengan kesan berantai yang boleh menggalakkan rangkaian pengganas rentas sempadan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
- Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mengarahkan operasi ketenteraan berskala besar terhadap Tehran selepas mendakwa Iran melanggar perjanjian gencatan senjata yang dimeterai awal hari ini.
- Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran (SNSC) umum hentikan perang terhadap Israel dan sekutunya, selepas mendakwa telah memberikan tindak balas memalukan dan menjadi teladan terhadap pencerobohan musuh.
- Iran berkemungkinan akan digantung daripada menyertai kejohanan bola sepak Piala Dunia edisi tahun depan susulan konflik peperangan dengan Israel dan tuan rumah Piala Dunia di Amerika Syarikat.
- Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan beberapa penerbangan Malaysia ke Asia Barat dibatalkan susulan serangan terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar awal pagi tadi.
- Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan udara Israel ke atas Penjara Evin di Tehran, menyifatkannya sebagai pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
- Qatar menarik balik sekatan ke atas ruang udaranya yang sebelum ini ditutup sejurus sebelum serangan peluru berpandu Iran ke atas Pangkalan Udara Al-Udeid.
- Iran menegaskan komitmennya untuk meneruskan program nuklear negara itu meskipun berdepan tekanan dan ancaman dari Amerika Syarikat (AS), termasuk selepas serangan udara terhadap beberapa fasiliti nuklear di negara tersebut.
- Presiden AS Donald Trump mengeluarkan amaran keras kepada Israel agar tidak meneruskan serangan udara ke atas Tehran, menyifatkannya sebagai pelanggaran besar terhadap gencatan senjata.
- Kementerian Kesihatan Iran mengesahkan sekurang-kurangnya 610 terbunuh dan 4,746 cedera dalam tempoh 12 hari serangan udara Israel sejak 13 Jun.
- Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menggesa agar pemeriksaan nuklear di Iran disambung semula susulan gencatan senjata antara Iran dan Israel.
- Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, mengumumkan secara rasmi berakhirnya "perang 12 hari" dengan Israel, menerusi satu mesej kepada rakyat negara itu.
- Presiden Iran Masoud Pezeshkian memuji rakyat Iran kerana terus menunjukkan perpaduan dan ketabahan dalam menghadapi pencerobohan Israel.
- Seramai 23 individu didakwa oleh pendakwa raya Iran di wilayah Khuzestan atas tuduhan mengintip untuk Israel dan menyebarkan propaganda terhadap republik itu.
- Jawatankuasa Parlimen Iran meluluskan pelan umum bagi satu rang undang-undang yang bertujuan menggantung kerjasama negara itu dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
- Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Muhammad Asif, mengecam sikap berat sebelah kuasa Barat dan IAEA terhadap Iran dalam isu nuklear, serta menyifatkan serangan AS dan Israel sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
- China menyokong usaha Iran dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan negara, mewujudkan gencatan senjata yang mendorong pengurangan ketegangan di Asia Barat.
- Presiden AS, Donald Trump berkata gencatan senjata di antara Israel dan Iran berjalan dengan baik dan yakin Iran tidak akan meneruskan pengayaan uranium dalam masa terdekat.
- Ketua IAEA, Rafael Grossi menegaskan keutamaan utama adalah memastikan pemeriksa dapat kembali ke kemudahan nuklear Iran untuk menilai kesan serangan ketenteraan terhadap program nuklear negara itu.
- Amerika Syarikat memulakan rundingan damai dengan Iran, termasuk perbincangan langsung dan melalui perantara, menurut utusan khas Steve Witkoff.
- Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei menegaskan Iran akan terus mempertahankan hak menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan aman di bawah Perjanjian NPT.
- Seramai 20 pelajar dan beberapa pendidik Iran dilaporkan terkorban dalam kempen ketenteraan selama 12 hari oleh Israel, dengan beberapa sekolah turut mengalami kerosakan.
- Tentera Perancis memintas kurang daripada 10 dron Iran yang disasarkan ke arah Israel menggunakan sistem peluru berpandu dan jet Rafale sebelum gencatan senjata dimeterai.
- Majlis Penjaga Iran meluluskan rang undang-undang untuk menggantung kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) susulan ketegangan geopolitik.
- Iran umum pembukaan semula sebahagian ruang udaranya selepas mencapai gencatan senjata dengan Israel.
- Selat Hormuz tidak pernah ditutup sepanjang 12 hari serangan terhadap Iran, kata Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi.
- Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mendakwa rejim zionis hampir mengalami kehancuran akibat serangan balas Iran, namun berjaya diselamatkan dengan campur tangan Amerika Syarikat (AS).

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami