GADGETS
Pemandangan Street View lama kini boleh diakses menerusi Google Earth

Google Earth kini membolehkan pengguna menelusuri semula pemandangan jalan seperti di Menara Berkembar PETRONAS. -Amanz
GOOGLE Street View mula ditawarkan di Malaysia pada tahun 2013 dengan setakat ini lebih 90% jalan-jalan awam dalam negara sudah berjaya dipetakan.
Ringkasan AI
- Google Street View mula ditawarkan di Malaysia pada 2013 dan kini telah memetakan lebih 90% jalan awam, membantu pengguna merancang perjalanan dan mengenal pasti lokasi.
- Sempena ulang tahun ke-20 Google Earth, ciri baharu diperkenalkan membolehkan pengguna melihat pemandangan lama Street View terus dari aplikasi, dengan pilihan bergantung pada lokasi.
- Ciri ini membolehkan pengguna bernostalgia dan melihat perubahan kawasan dari masa ke masa, menjadikan Google Earth sebagai portal visual ke masa lampau.
Sempena ulang tahun Google Earth ke-20 semalam, Google mengaktifkan ciri mengakses pemandangan Street View lama terus dari dalam aplikasi.
Sebelum ini hanya gambar Street View terkini boleh dilihat pengguna. Menerusi ciri ini, pengguna dapat kembali ke masa silam dan melihat perubahan kawasan sekeliling.
Pemandangan lama Street View
Untuk mengakses ciri ini, pergi ke Google Earth dan kemudian pilih untuk melihat jalan menggunakan mod Street View.
Anda akan dapat melihat menu “See more dates” di bucu atas kanan skrin. Pilihan pemandangan lama akan disenaraikan.
Jumlah pemandangan lama yang boleh dilihat adalah bergantung pada lokasi. Di kawasan perumahan saya misalnya hanya satu pemandangan lama boleh diakses, tetapi di Menara Berkembar PETRONAS pula 7 pemandangan lama boleh dipilih.
Terdapat beberapa insiden tular di Indonesia baru-baru ini apabila gambar lama Street View digunakan untuk melihat bagaimana pondok menjual lidi sate menjadi semakin usang selepas pasangan tua yang mendiaminya meninggal dunia.
Bagi mereka bernostalgia, kini Google Earth boleh digunakan sebagai portal ke masa lampau. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami