awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lulus RM38 juta untuk pengangkutan gula ke Sabah, Sarawak dan Labuan - Armizan

Bernama
Bernama
28/03/2025
09:30 MYT
Kerajaan lulus RM38 juta untuk pengangkutan gula ke Sabah, Sarawak dan Labuan - Armizan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.Datuk Armizan Mohd Ali ketika bertemu pengamal media selepas program Ihya’Ramadan Peringkat Parlimen Papar di Dewan Datuk Salleh Sulong hari ini. - Foto Bernama
PAPAR: Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM38 juta setahun bagi menampung kos pengangkutan perkapalan untuk membawa gula putih bertapis dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan.

Ringkasan AI
  • Kerajaan meluluskan RM38 juta setahun untuk menampung kos pengangkutan gula putih bertapis dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan, dengan peningkatan kos pengangkutan daripada 10 sen kepada 20 sen sepeket gula.
  • Kabinet bersetuju mewujudkan stok penimbal gula sebanyak 1,000 tan metrik di Sabah, Sarawak, dan Labuan untuk memastikan bekalan tidak terputus, dengan peruntukan sekali bayar sebanyak RM1 juta bagi setiap stok penimbal.
  • Jawatankuasa teknikal pemantauan harga dan bekalan barangan telah diinstitusikan untuk bertindak responsif terhadap isu harga dan bekalan serta membuat perancangan awal, terutama menjelang musim perayaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata mesyuarat Kabinet baru-baru ini bersetuju dengan syor KPDN supaya meningkatkan kos pengangkutan daripada 10 sen sepeket gula kepada 20 sen, bermula bulan depan.
"Ini mencerminkan keprihatinan kerajaan Persekutuan dalam memastikan bekalan gula putih bertapis di Sabah, Sarawak, dan Labuan tidak terputus.
"Saya amat berterima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyokong peningkatan kos peruntukan daripada RM19 juta kepada RM38 juta," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ihya Ramadan Parlimen Papar di Dewan Datuk Salleh Sulong, di sini, hari ini.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Armizan, yang juga Ahli Parlimen Papar berkata Kabinet turut bersetuju untuk mewujudkan stok penimbal gula sebanyak 1,000 tan metrik di Sabah, Sarawak, dan Labuan bagi memastikan tidak berlaku gangguan bekalan barangan asas tersebut.
"Bagi tujuan ini, perbincangan akan diadakan bersama dua syarikat pengilang gula tempatan, iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR).
"Kerajaan Persekutuan juga meluluskan peruntukan sekali bayar sebanyak RM1 juta bagi setiap stok penimbal memandangkan syarikat pengeluar gula berdepan kerugian," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa bekalan gula negara diimport dari Thailand dan Brazil selepas penutupan kilang gula di Perlis.
Armizan berkata satu jawatankuasa teknikal pemantauan harga dan bekalan barangan telah diinstitusikan dan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDN dengan penglibatan pelbagai kementerian serta agensi berkaitan.
"Melalui mesyuarat berkala, jawatankuasa ini bukan sahaja bertindak secara responsif terhadap isu-isu berkaitan harga barang dan bekalan, tetapi juga membuat perancangan lebih awal, terutamanya bagi menghadapi musim perayaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengangkutan gula
#Armizan Mohd Ali
#Sabah
#Sarawak
#Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan