NATIONAL
Kerajaan MADANI terap keseimbangan pembangunan fizikal, agama - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berkata kerajaan menerapkan nilai-nilai Islam sejak di peringkat awal pendidikan, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI. - Foto BERNAMA
TAPAH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memberikan perhatian antara keseimbangan pembangunan fizikal dan aspek keagamaan dalam pentadbiran negara.
Ringkasan AI
- Kerajaan MADANI memberi perhatian kepada keseimbangan antara pembangunan fizikal dan aspek keagamaan dalam pentadbiran negara.
- Nilai-nilai Islam diterapkan sejak peringkat awal pendidikan melalui program seperti Ulul-Albab di MRSM dan Pra-Tahfiz di Kemas.
- Program ini memastikan generasi muda mendapat pendidikan seimbang antara ilmu duniawi dan ukhrawi.
"Kemas seumpamanya, terdapat lebih 10,000 kelas tabika yang telah kita jadikan sebagai Pra-Tahfiz. Lebih daripada 125,000 anak-anak telah diberikan tumpuan untuk penghafalan 30 juzuk Al-Quran.
"Sebanyak 57 MRSM di seluruh negara pula telah mempunyai program Ulul-Albab," katanya ketika berucap pada program Santuni Kasih Desa MADANI di Kampung Tanjong Keramat di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) meminta jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk bekerja keras pada saat-saat akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menjelang 11.59 malam ini.
"Jangan ikut provokasi pihak lain. Inilah masa kita buktikan kesepaduan dan kestabilan melalui kemenangan calon kita," katanya.
PRK DUN Ayer Kuning pada esok, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir, calon PN Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada 22 Feb lepas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami