awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Malaysia sumbang AS$200,000 kepada mangsa banjir di Pakistan

Bernama
Bernama
22/10/2022
15:09 MYT
Kerajaan Malaysia sumbang AS$200,000 kepada mangsa banjir di Pakistan
Kerajaan Malaysia menyumbang sebanyak AS$200,000 kepada mangsa banjir di Pakistan. - Gambar fail/REUTERS
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia menyumbang sebanyak AS$200,000 kepada mangsa banjir di Pakistan.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan sumbangan itu telah disalurkan kepada Tabung Bantuan Banjir Perdana Menteri Pakistan 2022 melalui akaun Affin Bank tempatan yang dibuka oleh Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur.
"Malaysia menyatakan solidaritinya dengan Kerajaan dan rakyat Pakistan berikutan banjir dahsyat yang menyebabkan penderitaan, kehilangan nyawa, kemusnahan infrastruktur dan harta benda serta kehilangan sosialekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Rakyat Malaysia bersama rakyat Pakistan dalam masa yang sukar ini. Malaysia berharap sumbangan berkenaan dapat membantu meringankan penderitaan mangsa banjir," menurut kenyataan itu.
Dilaporkan hampir 1,700 orang terbunuh dalam banjir itu setakat ini manakala kira-kira 33 juta daripada 230 juta penduduk terjejas teruk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan malaysia
#sumbangan
#mangsa banjir Pakistan
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan