KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MoT) menafikan bahawa kerajaan mengabaikan operasi pencarian kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang sejak awal Januari lalu.
Menteri, Anthony Loke Siew Foke berkata, kerajaan bersungguh-sungguh dan yakin dengan agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan keberadaan kapal berkenaan, yang dikendalikan lima kru melibatkan tiga rakyat Malaysia dan dua warga Indonesia.
"Ini nyawa manusia dan kita bukan melihat kepada kos (pencarian) tersebut. Namun begitu secara faktanya adalah dari segi kawasan di mana bot itu hilang, ia berada di perairan Indonesia. Dari segi pihak berkuasa untuk mencari dan menyelamat, ia di bawah pihak berkuasa Indonesia.
"Sudah tentu Wisma Putra ada berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia. Tambahan pula dari segi operasi SAR adalah di bawah bidang kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
"Pihak Jabatan Laut juga sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan pihak APMM untuk kita pastikan usaha SAR ini akan dapat kita terus, dan tidak benar mengatakan bahawa kita mengabaikan operasi SAR ini," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Loke (PH-Seremban) menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Madius Tangau (PH-Tuaran) terhadap kesungguhan kerajaan untuk mencari kapal berkenaan, dan bukan sekadar menyiasat punca kehilangan.
Menjawab lanjut, Loke berkata kementerian telah mengarahkan pihak Jabatan Laut memantau secara serius dan memastikan misi SAR diteruskan bersama-sama pihak berkuasa Indonesia.
"Saya berharap mesej ini dapat disampaikan oleh Yang Berhormat kepada keluarga-keluarga (mangsa)," katanya lagi.
Beliau menambah lokasi terakhir kapal itu dikesan menerusi sistem Automatic Identification System (AIS) adalah pada 1 Januari lalu iaitu di sektor 9 Traffic Separation Scheme (TSS) sekitar Pulau Mungging, Johor dan melalui isyarat kecemasan Emergency Position Indicating Radio Beacon (EPIRB) APPM, di perairan Indonesia.
Dalam pada itu, menjawab soalan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) mengenai kerjasama Kerajaan Malaysia dan Indonesia, Loke menambah laporan siasatan kehilangan kapal kargo sedang diteliti di peringkat kementerian dan akan mendapatkan ulasan daripada Jabatan Peguam Negara.
"Saya juga berniat untuk memastikan laporan ini, dari segi fakta-fakta, semuanya terbuka. Saya tidak mempunyai masalah untuk membuka laporan ini untuk dijadikan laporan terbuka kepada orang ramai," katanya.
Difahamkan, nakhoda kapal dan jurutera kapal merupakan warga Indonesia, yang masing-masing dikenali sebagai Adi, 43, dan Damai Papane Ole, 57.
Manakala, tiga rakyat Malaysia yang dikhuatiri hilang dikenali sebagai Derrent Litto, 22; Mohammad Syafarizan Mohd Noor, 24; dan Mohammad Sudeh Sudin, 20.
Hasimi Muhamad
Thu Mar 23 2023

Anthony Loke Siew Foke berkata, kerajaan bersungguh-sungguh dan yakin dengan agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan keberadaan kapal berkenaan - Foto/BERNAMA

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Fasa pertama projek LRT Pulau Pinang bermula hujung tahun ini - Loke
Pelaksanaan fasa pertama projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka akan dimulakan penghujung tahun ini.

Isu Pulau Pinang: Anthony Loke saran Sanusi buka semula buku perlembagaan
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mencadangkan agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membeli dan membaca buku perlembagaan.

Kerajaan cadang perluas pelaksanaan MyLesen - Loke
Kerajaan bercadang untuk memperluaskan perlaksanaan program MyLesen membabitkan lesen perkhidmatan kenderaan awam (PSV) kelas E (bas).

MoT umum tiga projek di Kedah tambah baik perkhidmatan pengangkutan
Ia dijadual siap dalam tempoh 36 bulan dari tarikh pemilikan tapak oleh kontraktor.

Kerajaan dalam usaha peroleh sistem UASTM - Loke
Kerajaan dalam proses untuk memperoleh Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu (UASTM), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Pemain komersial digesa memaksimumkan usaha mengembangkan perniagaan di LIMA'23 - Loke
Loke berkata, kerajaan sentiasa menyediakan peluang kepada pemain industri untuk bertemu dengan pemain industri lain melalui acara tersebut.

Syarikat penerbangan tempatan digalak guna SAF - Loke
Kerajaan menggalakkan syarikat penerbangan tempatan menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF) terhadap pesawat mereka.

'Muhyiddin mungkin lupa, kemenangannya dulu pun hasil sokongan PH' - Loke
Anthony Loke mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kemenangan Ahli Parlimen Pagoh itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah hasil sokongan pengundi Pakatan Harapan (PH).

'Ahmad Maslan minta pengundi UMNO sokong DAP? Bagi saya logik' - Anthony Loke
Saranan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan supaya pengundi UMNO memberi sokongan kepada calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri disifatkan sebagai munasabah dan logik.

Nombor plat FF8 catat bidaan tertinggi, kutipan keseluruhan cecah RM34.3 juta
Nombor pendaftaran siri FF berjaya memecah rekod kutipan tertinggi dalam sejarah negara sejak bidaan dalam talian dipekenalkan, dengan mencecah nilai keseluruhan hampir RM34.3 juta.