awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan nafi ada perjanjian rahsia dengan Top Glove

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/11/2020
11:04 MYT
Kerajaan nafi ada perjanjian rahsia dengan Top Glove
Pekerja hanya akan dibenarkan bekerja apabila saringan kedua menunjukkan keputusan negatif. - Foto/Reuters
KUALA LUMPUR:Kerajaan menafikan wujud perjanjian antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) bagi membolehkan pekerja yang sedang menjalani kuarantin meneruskan kerja seperti biasa.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya menyedari wujud dakwaaan sedemikian dan menegaskan ia tidak pernah berlaku.
"Ini tidak benar sama sekali. Semua pekerja akan dipakai gelang kuarantin untuk memudahkan kita mengenal pasti mereka.
"Semua pekerja, baik warganegara atau bukan warganegara tidak dibenarkan keluar bekerja dalam tempoh kuarantin 14 hari.
"Mereka hanya akan dibenarkan kembali bekerja apabila saringan kedua menunjukkan keputusan negatif," katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.
Justeru, beliau berkata orang ramai yang tinggal di kawasan berdekatan asrama pekerja kilang syarikat itu di Klang, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak perlu risau dengan keselamatan mereka.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan jumlah mereka yang ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) masih tinggi.
"Semalam, PDRM menahan 720 individu dengan 21 daripadanya dikompaun. Kesalahan yang dilakukan seperti biasa, aktiviti pusat hiburan, gagal mengenakan pelitup separuh muka dan lain-lain.
"Dari segi angka, memang masih tinggi tetapi jika dibandingkan dengan nisbah keseluruhan jumlah penduduk Malaysia, ia boleh dikatakan masih kecil.
"Jadi saya percaya masih ramai rakyat yang patuh pada arahan," katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#PDRM
#SOP
#Kementerian Kesihatan
#Top Glove
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan