awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Ringgit terus meningkat selepas FED beri petunjuk kekalkan kadar faedah
MALAYSIA
Presiden Republik Kyrgyz diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
DUNIA
Konflik Israel-Iran: Israel dakwa bunuh sekurang-kurangnya 14 saintis Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kerajaan Pahang biaya kos rawatan penjawat awam negeri, pesara di SASMEC@IIUM

Bernama
Bernama
08/04/2024
05:17 MYT
Sponsor Banner
Kerajaan Pahang biaya kos rawatan penjawat awam negeri, pesara di SASMEC@IIUM
Wan Rosdy berkata pembiayaan kos rawatan itu meliputi penanggungan 30 peratus bil rawatan perubatan dan penanggungan 100 peratus bil rawatan ubat khas, ubat non-formulary (NF) dan implan. - Foto Facebook SASMEC@IIUM
KUANTAN: Kerajaan Pahang akan membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri itu di Sultan Ahmad Shah Medical Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC@IIUM) di sini, bermula bulan ini.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan yang dibuat mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang pada 3 April lepas itu adalah inisiatif secara berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan penjawat awam dijaga.
Beliau berkata pembiayaan kos rawatan itu meliputi penanggungan 30 peratus bil rawatan perubatan dan penanggungan 100 peratus bil rawatan ubat khas, ubat non-formulary (NF) dan implan.
Menurutnya langkah itu secara langsung dapat mengurangkan kesesakan yang berlaku di hospital dan juga klinik-klinik kerajaan.
"Saya mengharapkan menerusi pembiayaan ini, penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri dapat menggunakan perkhidmatan rawatan kesihatan di SASMEC@IIUM dengan sebaik-baiknya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu Wan Rosdy berkata pembiayaan kos rawatan bagi petugas pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa berkanun (PBB) yang turut meliputi penanggungan 30 peratus bil rawatan perubatan dan penanggungan 100 peratus bil rawatan ubat khas, NF dan implan ditanggung agensi masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan negeri Pahang
#Wan Rosdy Wan Ismail
#kos rawatan
#penjawat awam
#Sultan Ahmad Shah Medical Centre
#SASMEC IIUM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami