Kerajaan Negeri Pahang masih belum menyediakan senarai tanah sesuai untuk dijadikan rumah mampu milik untuk dibangunkan di negeri itu, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, kementeriannya sudah membuat permintaan itu namun kerajaan negeri terus senyap.
"Dalam dasar rumah mampu milik, saya sudah minta kerajaan negeri untuk menawarkan tanah-tanah yang sesuai agar dapat dibangunkan.
"Tetapi sampai sekarang kita masih tidak dapat lagi senarai nama tanah-tanah yang sesuai dibangunkan," katanya ketika ditemui pemberita di Sungai Koyan 1 pada Khamis.
Zuraida turut menggesa kerajaan negeri Pahang untuk mencadangkan tanah di kawasan yang mempunyai kemudahan bagi meringankan beban rakyat.
"Mesti tanah yang sesuai, bukan di hujung tempat jin bertendang. Ia mesti di kawasan yang ada kemudahan pengangkutan untuk meringankan beban rakyat.
"Dahulu, tanah-tanah rumah mampu milik ini dibuat jauh sehinggakan rakyat terbeban dengan kos sara hidup," katanya.
Zuraida yang juga naib presiden PKR dijadual akan terus berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands sehingga Jumaat.
Arfa Yunus
Thu Jan 24 2019
ZURAIDA: Saya sudah minta kerajaan negeri untuk menawarkan tanah-tanah yang sesuai agar dapat dibangunkan.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Kos sara hidup terus jadi tumpuan kerajaan - Rafizi
Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif yang dapat mengurangkan bebanan rakyat terutamanya dalam menangani isu kos sara hidup, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
PM arah tubuh jawatankuasa kos sara hidup - TPM Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mempengerusikan jawatankuasa untuk meringankan beban rakyat.
Pemberian subsidi adalah langkah betul bagi ringankan beban rakyat - Pakar ekonomi
Nungsari berkata pengumuman tersebut munasabah, tetapi pada masa yang sama ia akan memberi kesan kepada keadaan kewangan kerajaan.
Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan - PM
Kerajaan beri bayangan tingkatkan bantuan untuk ringankan beban rakyat khususnya golongan B40.
PM harap pemberian BKC bermula esok ringankan beban rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-
Kerajaan sentiasa timbang cadangan dan penyelesaian untuk ringan beban rakyat - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata salah satu permintaan yang sering diterima Kementerian Kewangan adalah perlanjutan program i-Sinar dan i-Lestari.
Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.
Darurat beri lebih kesan negatif, tambah keresahan rakyat - UMNO Perak
Saarani berkata, darurat akan membawa kesan yang lebih negatif, mengancam kestabilan serta merosakkan ekonomi rakyat dan negara.
1GB internet percuma setiap hari sepanjang tempoh PKP - SKMM
Syarikat-syarikat telekomunikasi juga turut memberi komitmen untuk melabur RM400 juta sehingga suku kedua tahun ini untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian.
Bazar Peduli Rakyat: Komitmen kerajaan ringankan beban - Salahuddin
Menerusi pelaksanaan Program Bazar Peduli Rakyat (BPR), ia berjaya mengurangkan harga keperluan asas antara lima hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga di pasar awam.