awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan bomba bertungkus lumus kawal kebakaran hutan di barat laut Turkiye

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2025
01:50 MYT
Pasukan bomba bertungkus lumus kawal kebakaran hutan di barat laut Turkiye
Turkiye kini berdepan musim kebakaran hutan yang paling dahsyat, dengan ratusan insiden dilaporkan sejak awal musim panas. - Foto X/Mustafa Sandal
CANAKKALE: Pasukan bomba Turkiye terus bertarung dengan api yang marak di barat laut negara itu untuk hari kedua berturut-turut, menggunakan trak, helikopter dan pesawat bagi mengawal kebakaran hutan yang semakin merebak.

Ringkasan AI
  • Pasukan bomba Turkiye bertarung selama dua hari dengan kebakaran besar di wilayah Tekirdag dan Canakkale, melibatkan pemindahan kampung dan kecederaan penduduk.
  • Api merosakkan rumah dan ladang, menyebabkan empat cedera serta haiwan ternakan terbunuh; pasukan penyelamat bertugas sepanjang malam bagi mengawal keadaan.
  • Ratusan kebakaran telah berlaku sepanjang musim panas dengan dua kematian direkodkan; perubahan iklim dan angin kencang dikenalpasti sebagai faktor utama peningkatan insiden.

Beberapa kampung telah dipindahkan, manakala penduduk yang cedera dihantar ke hospital.
Kebakaran pertama bermula di daerah Sarkoy, wilayah Tekirdag pada petang Selasa, memaksa tiga bandar dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Empat orang dilaporkan cedera dan menerima rawatan di hospital.
Api yang merebak dengan cepat turut merosakkan kawasan kediaman dan ladang berhampiran.
Satu lagi kebakaran tercetus di daerah Ayvacik, wilayah Canakkale, menyebabkan empat kampung dipindahkan sementara. Beberapa rumah rosak dan haiwan ternakan terbunuh dalam insiden tersebut.
Api berjaya dikawal pada hari Rabu selepas pasukan penyelamat bertugas sepanjang malam.
Turkiye kini berdepan musim kebakaran hutan yang paling dahsyat, dengan ratusan insiden dilaporkan sejak awal musim panas.
Keadaan cuaca yang panas dan kering, ditambah dengan angin kencang, menjadikan usaha pemadaman lebih mencabar.
Dua kematian telah direkodkan di wilayah Izmir awal bulan ini.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa perubahan iklim telah menjadikan kebakaran hutan lebih kerap dan merosakkan, khususnya di rantau Mediterranean yang kini digelar “zon panas kebakaran” oleh para saintis.
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#musim panas
#cuaca panas
#usaha pemadaman api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan