LABUAN: Kerajaan Persekutuan memandang serius kelewatan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah yang terkebelakang dari Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah yang menelan perbelanjaan melebihi RM16 bilion, adalah lewat.
"Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak sudah hampir selesai, Sabah lambat lagi, jumlah peruntukan sama dan tarikh pelaksanaan sama," katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan hari ini.
Anwar berkata bagi mempercepatkan pelaksanaan projek lebuh raya ini satu proses pelantikan kontraktor baharu melalui tender secara telus akan dibuat (dengan keputusan bersama kerajaan Negeri Sabah) bagi melantik kontraktor yang berupaya menyiapkan projek itu.
"Kalau ada kontraktor yang mampu dan berupaya termasuk dari Sabah, silakan ikut tender, bukan kerana dia itu menyokong kita, kroni kita ataupun anak kita, kalau ini dapat dilakukan, saya percaya progres projek ini akan berjalan lebih baik dan memberi faedah kepada rakyat Sabah, " katanya.
Secara keseluruhan, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah mengandungi sebanyak 35 pakej kerja dalam Fasa Satu, dengan 16 daripadanya iaitu Fasa 1a sudah dimulakan, manakala baki 19 pakej dalam Fasa 1b belum bermula.
Panjang jajaran dalam semua pakej kerja itu dianggarkan sejauh 706 kilometer.
Berbeza dengan Sarawak, keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri jiran itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.
Dalam pada itu, Anwar berkata isu sekolah daif di seluruh negara akan terus diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan.
"Kita bercakap reformasi digital, kecerdasan buatan (AI), tapi keadaan sekolah-sekolah masih daif, anak-anak ke sekolah dengan tandas yang rosak," katanya.
Anwar berkata selama setahun Kerajaan MADANI mentadbir kerajaan, lebih 8,500 tandas sekolah di seluruh negara termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil telah dibaiki sepanjang tahun ini.
Perdana Menteri juga berkata Kerajaan Persekutuan juga akan memberi perhatian kepada kedaifan perumahan kakitangan awam, anggota keselamatan tentera, polis di Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
"Ianya akan menjadi perhatian Kerajaan Persekutuan pada tahun hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
![Kerajaan pandang serius kelewatan pelaksanaan projek Pan Borneo di Sabah Kerajaan pandang serius kelewatan pelaksanaan projek Pan Borneo di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701963140_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan hari ini. - Foto BERNAMA
![Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722043717_Palestineathlete.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716275000_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
![Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658385660_DatukMohdArifinMo.jpg)
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
![Melaka mohon kelulusan pengisian penjawat awam Melaka mohon kelulusan pengisian penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707478533_TBAbRaufYusoh.jpg)
Melaka mohon kelulusan pengisian penjawat awam
Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan mempertimbangkan agar pengisian perjawatan tetap sehingga mencapai siling yang ditetapkan iaitu 92 peratus diluluskan.
![Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700016890_TBDatukDrSuhail.jpg)
Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.
![Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703589517_TBbanjirpasirmas.jpg)
Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung.
![Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681466791_AbangJohari.jpg)
Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo
Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.
![Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting untuk beri dampak menyeluruh - PM Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting untuk beri dampak menyeluruh - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686277990_PMAnwardanMBJoho.jpg)
Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting untuk beri dampak menyeluruh - PM
PM dan MB Johor bincang pelbagai perkara berhubung kait tatakelola dan peruntukan bagi pembangunan dan ekonomi Negeri Johor.
![Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665186503_LebuhrayaPanBorneo.jpg)
Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji
Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.
![Johor zahir terima kasih kepada kerajaan Persekutuan luluskan peruntukan banjir Johor zahir terima kasih kepada kerajaan Persekutuan luluskan peruntukan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677807792_BencanaBanjirJoh.jpg)
Johor zahir terima kasih kepada kerajaan Persekutuan luluskan peruntukan banjir
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta.
![Prestasi negeri Selangor merosot selepas saya tinggalkan jawatan MB - Azmin Prestasi negeri Selangor merosot selepas saya tinggalkan jawatan MB - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665917831_TBAZMINALI.jpg)
"Prestasi negeri Selangor merosot selepas saya tinggalkan jawatan MB" - Azmin
Kerjasama baik di antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dijalin oleh pentadbiran Selangor.