awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pastikan bekalan kelapa dalam negara mencukupi

Bernama
Bernama
25/12/2020
02:55 MYT
Kerajaan pastikan bekalan kelapa dalam negara mencukupi
Ahmad (kanan) mendengar penerangan mengenai kelapa yang dibawa masuk ke negara ini melalui Jeti Right Base, di Pelabuhan Batu Pahat, 24 Dis, 2020. --fotoBERNAMA
BATU PAHAT:Kementerian Pertanian dan Industri Makanan komited untuk memastikan bekalan kelapa di negara ini mencukupi manakala kelapa yang diimport selamat daripada penyakit dan serangga perosak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata untuk tujuan itu sebanyak 38 syarikat sahaja dibenarkan untuk mengimport kelapa dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) pula diminta mengambil langkah proaktif di pintu masuk utama di Pelabuhan Batu Pahat, Johor dan Pelabuhan Klang, Selangor.
"Bagi pintu masuk di Batu Pahat ini jumlah kelapa melebihi separuh daripada jumlah keseluruhannya (jumlah import) dengan sekitar 200,000 kilogram (kg) atau kira-kira 140,000 biji kelapa bagi sesebuah kapal.
"Dianggarkan setiap hari sebanyak 18 kapal akan tiba dari Indonesia dan kami periksa kualiti, termasuk penyakit serta serangan serangga perosak," katanya pada sidang media selepas lawatan Tapak Pemeriksaan MAQIS, Jeti Right Base di Pelabuhan Batu Pahat semalam.
Ahmad berkata pengimportan kelapa dari negara jiran dijangka bertambah pada tahun depan berdasarkan permintaan namun kementerian akan terus mengawal bagi memastikan kemasukan kelapa itu tidak mengganggu jualan kelapa tempatan.
"Mengikut statistik MAQIS pada tahun lepas, sebanyak 230 juta kilogram kelapa dibawa masuk dan 8 juta kilogram isi kelapa diimport melalui Batu Pahat manakala pada tahun ini (sehingga Nov 2020) sebanyak 262 juta kilogram kelapa telah diimport dan 7.7 juta kilogram lagi bagi isi kelapa.
"Sepanjang tempoh PKP, pihak MAQIS juga menjalankan tanggungjawab di semua pintu masuk negara bagi memastikan keluaran pertanian yang diimport dan dieksport mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelapa
#bekalan
#maqis
#Batu Pahat
#Indonesia
#import
#PKP
#serangga perosak
#penyakit
#Ahmad Hamzah
#pintu masuk
#Pelabuhan Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan