awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pelawa orang ramai beri cadangan untuk RMKe-12

Bernama
Bernama
18/11/2020
04:38 MYT
Kerajaan pelawa orang ramai beri cadangan untuk RMKe-12
Mustapa berkata asas penyediaan RMKe-12 adalah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan mewujudkan pembangunan untuk semua. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Orang ramai dipelawa untuk berkongsi cadangan dan pendapat mengenai hala tuju pembangunan negara yang akan dipertimbang dan diperincikan sebagai input dalam penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pandangan boleh diberi tumpuan dalam beberapa bidang iaitu langkah memulihkan semula ekonomi, menangani isu kemiskinan, pembangunan modal insan mahir, penerimagunaan teknologi dan pendigitalan.
Katanya bidang lain ialah penyertaan masyarakat dalam ekonomi digital, kelestarian alam sekitar, pembangunan Sabah dan Sarawak serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.
"Menyedari bahawa negara sedang berada dalam situasi yang sukar dan mencabar akibat pandemik COVID-19, kerajaan amat prihatin dan berusaha memastikan RMKe-12 yang sedang dalam peringkat akhir penyediaan, digubal untuk membolehkan ekonomi negara kembali pulih dan berdaya saing.
"Memandangkan kemakmuran rakyat adalah keutamaan kerajaan, langkah yang sewajarnya akan diambil untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara di samping memastikan kesejahteraan dan kekayaan negara dapat dikongsi bersama oleh semua lapisan masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mustapa berkata RMKe-12 akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun 2021.
Beliau berkata asas penyediaan RMKe-12 adalah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan untuk mewujudkan pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta membina negara bersatu, makmur dan bermaruah.
Pelbagai pihak termasuklah sektor swasta, akademia, badan bukan kerajaan dan rakyat boleh berkongsi cadangan melalui laman web khas di http://rmke12.epu.gov.my/engagement dan menggunakan tanda pagar (hashtag) #RMKe12 di media sosial Facebook, Twitter dan Instagram.
Cadangan boleh dikemukakan mulai 18 November hingga 2 Disember 2020, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RMKe-12
#cadangan
#Parlimen
#Mustapa Mohamed
#pandangan
#input
#pemulihan ekonomi
#miskin
#modal insan
#teknologi
#pendigitalan
#Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
#pembangunan
#jurang kekayaan
#pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan