awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perhalusi SOP pergerakan pelajar dari zon hijau ke merah, merah ke hijau

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/04/2020
07:09 MYT
Kerajaan perhalusi SOP pergerakan pelajar dari zon hijau ke merah, merah ke hijau
Ismail Sabri berkata, SOP berbeza diperlukan untuk pergerakan pelajar dalam kes tertentu, bagi memastikan wabak COVID-19 dapat dikawal. - Gambar hiasan
Perjalanan pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, termasuk kategori lain yang bermula malam Isnin ini dilakukan secara berfasa, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut beliau, proses itu akan bermula di zon tengah seperti Lembah Klang dan kawasan sekeliling khusus untuk pelajar yang kampung halaman masing-masing di zon hijau COVID-1 ataupun kawasan yang berisiko rendah untuk wabak itu.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, ada juga kes-kes tertentu yang perlu diperhalusi terlebih dahulu, sebagai contoh kes melibatkan perjalanan pulang dari zon hijau ke zon merah atau zon merah ke zon hijau.
“Ada pelajar yang universiti dia terletak di kawasan zon hijau, tetapi nak pulang ke zon merah … sebagai contoh Simpang Renggam. Ada cadangan untuk mereka ini dibenarkan pulang tetapi hanya ke rumah keluarga terdekat di zon hijau dahulu.
“Ada juga kes pelajar yang tinggal di zon merah seperti yang tinggal di Kampung Baru, kawasan merah yang tinggi risikonya. Bagaimana nak benarkan mereka ini balik kerana kampung mereka di zon hijau?” kata Ismail Sabri lagi.
Atas sebab itu, beliau berkata, SOP untuk kes seperti ini harus berbeza dengan SOP pergerakan dari zon hijau ke zon hijau dan mungkin melibatkan elemen seperti ujian saringan dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#COVID19
#IPT
#ipta
#ipts
#ismail sabri yaakob
#keluarga
#kerajaan
#keselamatan
#kluster keselamatan
#kolej
#koronavirus
#menteri
#Menteri Kanan
#pelajar
#pergerakan pelajar
#Putrajaya
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan