KOTA BHARU: Kerajaan akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan jemaah umrah yang akan berlepas menunaikan ibadah tersebut sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata ia bagi memastikan insiden jemaah yang tidak menerima vaksin atau penipuan sijil vaksin COVID-19 sepertimana yang berlaku baru-baru ini, tidak berulang.
"Saya difahamkan, pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memanggil pengusaha umrah untuk berbincang bagi memastikan insiden sama tidak berulang.
"Sebelum ini kerajaan terpaksa menangguhkan perjalanan umrah selama sebulan bagi menyelesaikan perkara berbangkit berkaitan peningkatan mendadak varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah yang kembali dari Arab Saudi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Pulau Belanga, Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata setiap individu yang ingin mengerjakan umrah sepatutnya bersikap jujur kerana ibadah umrah bukanlah untuk melancong semata-mata.
"Mengerjakan umrah bukanlah sekadar untuk mendapat gelaran semata-mata tetapi keredaan Allah SWT dan tidak mahu terpalit dengan unsur penipuan," katanya.
Rabu lepas, Kabinet memutuskan untuk membenarkan semula umat Islam mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022
Ahmad Marzuk berkata setiap individu yang ingin mengerjakan umrah sepatutnya bersikap jujur kerana ibadah umrah bukanlah untuk melancong semata-mata. - Gambar fail
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Kerajaan tetapkan tiga SOP baharu ibadah umrah
Kerajaan menetapkan tiga SOP baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci, berkuat kuasa 14 Februari ini.
SOP baharu umrah telah siap - Nancy
Antara yang diperhalusi ialah masalah kuarantin dan insurans perlindungan jemaah umrah sekembalinya ke tanah air.
SOP ibadah umrah dimuktamadkan bulan depan - Khairy
KKM dan Motac adakan sesi libat urus semalam dengan pihak industri untuk dapatkan maklum balas aktiviti umrah.
Kerajaan masih rangka SOP beri kebenaran umrah Disember ini
Ahmad Marzuk berkata, kebenaran bagi pelaksanaan ibadah tersebut masih perlu menunggu keputusan akhir kerajaan.