awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perkenal dasar pinjaman boleh ubah program pinjaman latihan kemahiran

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/05/2021
03:50 MYT
Kerajaan perkenal dasar pinjaman boleh ubah program pinjaman latihan kemahiran
Muhyiddin Yassin berkata inisiatif menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir dalam negara. -Astro AWANI
PUTRAJAYA: Dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, kerajaan akan memperkenalkan dasar pinjaman boleh ubah Program Pinjaman Latihan Kemahiran peringkat Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata inisiatif menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir dalam negara.
Beliau menjelaskan ia adalah satu daripada tiga strategi utama dalam membantu meringankan beban pekerja yang berdepan dengan kesukaran COVID-19.
"Kerajaan juga terus berusaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja dalam mempersiapkan kebolehpasaran untuk pekerjaan masa hadapan.
"Walaupun banyak institusi latihan terpaksa ditutup berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian tetap diteruskan dan program latihan secara modular dan micro credentials diperluaskan," katanya ketika Perutusan Hari Pekerja 2021 yang disiarkan secara langsung pada Sabtu.
Muhyiddin menambah sebagai salah satu usaha pendigitalan kerajaan, hab e-pembelajaran baharu yang dikenali sebagai e-LATiH dibangunkan untuk membolehkan rakyat Malaysia mengakses secara percuma lebih 300 modul latihan pengembangan kemahiran yang disediakan berdasarkan keperluan industri Malaysia.
Dalam usaha mengurangkan jumlah pengangguran, beliau turut menyentuh usaha yang dilaksanakan kerajaan termasuk perkhidmatan pekerjaan dan pemadanan kerja melalui Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara (MYFutureJobs), pusat sehenti UpskillMalaysia dan Short-term Employment Programme atau MySTEP.
Di bawah program MySTEP, katanya, seramai 30,377 berjaya mendapat pekerjaan sejak diperkenalkan hingga 16 April lalu.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Hari Pekerja 2021
#pekerja asing
#dasar pinjaman boleh ubah
#Program Pinjaman Latihan Kemahiran
#Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
#Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
#e-LATiH
#hab e-pembelajaran baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan