Kerajaan perkenal kaedah diskaun saman ikut masa mulai Januari 2026

Menurut Loke (foto), pendekatan baharu itu bertujuan memberikan insentif serta keadilan kepada individu yang menjelaskan saman dengan segera. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggantikan pemberian diskaun saman berasaskan program atau kempen khas dengan prinsip baharu "The Less You Delay, The Less You Pay" bermula 1 Januari 2026.
Ringkasan AI
- Kerajaan akan melaksanakan prinsip baharu 'The Less You Delay, The Less You Pay' bagi bayaran saman bermula 1 Januari 2026 untuk galakkan pembayaran awal.
- Bayaran dalam 1-15 hari akan diberi diskaun 50%, 16-30 hari diskaun 33%, manakala selepas 31 hari kadar maksimum RM300 dikenakan; lebih 61 hari akan disenarai hitam dan dibawa ke mahkamah.
- Kesalahan serius seperti tiada insurans, perlumbaan haram dan LKM palsu tidak layak dikompaun dan akan terus dibawa ke mahkamah.
"Jadi, bagi mereka yang bayar awal, ia adalah tidak adil,” beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi pagi Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Loke, pendekatan baharu itu bertujuan memberikan insentif serta keadilan kepada individu yang menjelaskan saman dengan segera.
Loke menjelaskan, berdasarkan struktur baharu kadar pengurangan kompaun, bayaran dalam tempoh satu hingga 15 hari akan menerima pengurangan sebanyak 50 peratus, manakala bayaran dalam tempoh 16 hingga 30 hari akan diberikan pengurangan sebanyak 33 peratus.
Namun, bagi tempoh 31 hingga 60 hari, kadar kompaun akan dikenakan pada tahap maksimum, iaitu RM300.
Saman yang tidak dijelaskan melebihi 61 hari pula akan dikenakan tindakan mahkamah dan pemilik kenderaan akan disenarai hitam.
Beliau turut menjelaskan bahawa kadar insentif ini tidak terpakai bagi kesalahan yang tidak boleh dikompaun atau non-compoundable seperti tiada insurans, perlumbaan haram dan mempamerkan LKM palsu.
“Kesalahan serius seperti ini perlu dibawa ke mahkamah,” tegasnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami