Kerajaan akan memperkenalkan satu inisiatif terbaharu untuk menjaga kebajikan pesara penjawat awam yang dikenali sebagai "1Malaysia Civil Service Retirement Support".
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, inisiatif dibawah pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu akan dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Inisiatif ini merupakan satu bentuk perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan kepada pesara penjawat awam dimana ia lebih tertumpu kepada beberapa perkara seperti kesejahteraan dan kebajikan pesara, keusahawanan, pengurusan kewangan dan penjagaan kesihatan," katanya.
Ini secara tidak langsung memberikan gambaran yang jelas dan nyata bahawa kerajaan tetap memelihara dan tidak meminggirkan penjawat awam walaupun selepas bersara daripada perkhidmatan mereka, katanya ketika berucap pada Majlis Khidmat Bakti Bil.1 2014 di sini malam Rabu.
Katanya menerusi hasil kajian mengenai perspektif pesara yang dilaksanakan di bawah JPA, menunjukkan 80.76 peratus pesara menitikberatkan isu kesihatan, 53.18 peratus mengutamakan soal kebajikan dan 48.94 peratus memerlukan bantuan mengenai pelan perancangan kewangan selepas bersara.
Ali berkata bagi mengerakkan inisiatif terbaharu itu, satu laman sesawang yang mengkhususkan kepada pesara penjawat awam sedang dibangunkan oleh JPA dan laman ini dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Majlis Khidmat Bakti pada malam ini bertujuan untuk meraikan 58 pegawai-pegawai kanan penjawat awam yang telah bersara dan turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi.
Bernama
Thu Mar 27 2014
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan perkenalkan "1Malaysia Civil Service Retirement Support"
Inisiatif itu lebih tertumpu kepada beberapa perkara seperti kesejahteraan dan kebajikan pesara, keusahawanan, pengurusan kewangan dan penjagaan kesihatan.