awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perlis minta kerajaan pusat lakukan pembenihan awan

Bernama
Bernama
06/04/2016
23:51 MYT
Kerajaan Perlis minta kerajaan pusat lakukan pembenihan awan
Tebing tasik Timah Tasoh kelihatan merekah kerana kering tiada air yang surut akibat sinaran panas terik. - Foto Bernama
Kerajaan negeri Perlis meminta kerajaan pusat melakukan pembenihan awan di negeri ini segera berikutan paras air Empangan Timah Tasoh berada pada paras kritikal 26.40 meter pada Rabu.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata semalam paras air empangan itu merekodkan 26.42 meter menunjukkan air susut agak cepat dengan paras kritikal adalah 26.50 meter.
"Pembenihan awan adalah langkah terbaik bagi meningkatkan paras air akibat kemarau yang melanda," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Rabu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Perlis, Abdul Najib Abdullah yang dihubungi Bernama berkata pembenihan awam adalah pilihan terbaik buat masa ini.
"Jika kemarau berlanjutan, air dalam Empangan Timah Tasoh dijangka mampu bertahan selama sebulan sahaja lagi. Sebelum itu air mungkin terpaksa dicatu," katanya.
Semalam Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata enam empangan di empat buah negeri termasuk Empangan Timah Tasoh mencatatkan bacaan penurunan paras air sehingga 30 peratus.
Topic Berkaitan
#Azlan Man
#empangan timah tasoh
#kerajaan perlis
#Najib Abdullah
#paras air
#paras kritikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan