KUALA LUMPUR: Jika mahukan defisit negara semakin mengecil, kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah dan efisyen agar mampu menghasilkan pulangan tertinggi dengan kadar ketirisan sifar, kata seorang ahli ekonomi.
Bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Zakariah Abdul Rashid berkata dengan pelaksanaan kewangan kendiri ini, Malaysia dapat mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
Beliau berkata belanjawan kali ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berhadapan dengan masalah kewangan apabila kerajaan Persekutuan mengalami defisit berpanjangan, peningkatan defisit tahun demi tahun dan perlu mencari kaedah penjanaan hasil serta dapat mewujudkan pembaharuan struktur.
"Jika ini dapat dilakukan oleh PM, ia sungguh baik untuk kita," katanya ketika mengulas mengenai sesi perbentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat ini, di Ruang Bicara kelolaan Bernama TV malam tadi.
Menurut beliau jika berdasarkan sejarah, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, waktu itu Malaysia menikmati lebihan fiskal dan tetapi kali ini beliau berhadapan dengan situasi yang berbeza.
"Salah satu daripada hasrat PM adalah untuk mengurangkan defisit ini. Kita hendak melihat sama ada beliau mampu mengulangi kejayaan itu bagi mengurangkan defisit ini sikit demi sedikit dan akhirnya kita dapat menikmati lebihan.
"Ia (pengurangan defisit) bakal mengambil masa beberapa tahun dan kalau itu dapat dilakukan inilah yang dipanggil sebagai pembaharuan struktur," katanya.
Menyentuh soal subsidi, Zakariah berkata ia menjadi beban kepada ekonomi kerana Malaysia sebuah negara yang paling banyak memberi subsidi.
"Salah satu punca kepada ketidakcekapan kita atau kemerosotan daya saing kerana kita terlalu banyak subsidi, bukan (sahaja) subsidi pendidikan tetapi subsidi gas, minyak dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata subsidi banyak memberi kelebihan kepada rakyat tetapi malangnya ia menumpulkan daya saing ekonomi.
Jika langkah pengurangan subsidi dijalankan, Zakariah berpendapat cabarannya adalah ia merupakan satu tindakan yang tidak popular dan ramai orang akan 'menjerit' kepada kerajaan.
Sehubungan itu, beliau hendak melihat sama ada pengurangan subsidi boleh dilakukan atau sebaliknya.
--BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Menurut Zakariah (gambar), ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, Malaysia menikmati lebihan fiskal, tetapi kali ini beliau berhadapan dengan situasi yang berbeza. - Gambar fail/BERNAMA
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah, efisyen serta kadar ketirisan sifar - Ahli ekonomi:
Dengan pelaksanaan kewangan kendiri, Malaysia dapat mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.