awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu jelaskan maksud tempat awam dan tempat sesak

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
01/08/2020
07:17 MYT
Kerajaan perlu jelaskan maksud tempat awam dan tempat sesak
Garis panduan perlu disediakan untuk memperjelaskan semuanya bagi mengelakkan sebarang kekeliruan kepada penguatkuasa dan orang awam. - Gambar BERNAMA
Kerajaan perlu menjelaskan maksud tempat awam dan tempat sesak tatkala pemakaian pelitup muka diwajibkan bermula hari ini.
Persoalan yang timbul dalam kalangan rakyat itu perlu diperjelaskan secepat mungkin untuk memastikan pelaksanaan arahan tersebut berjalan lancar.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan satu garis panduan yang jelas untuk difahami oleh penguat kuasa dan masyarakat.
“Sebagai contoh, apa yang dimaksudkan dengan 'tempat awam', dan apa yang menjadi 'tempat sesak’. Ini kelihatan seperti satu soalan yang mudah tetapi penting bagi penguatkuasaan undang-undang dan pemahaman masyarakat.
“Penumpang di dalam pengangkutan awam mesti memakai pelitup muka. Begitu juga, di tempat tertutup seperti pasar raya dan pawagam, mesti memakai pelitup muka dan bilik persidangan di mana penjarakan fizikal sukar dilaksanakan.
“Tetapi persoalan lain masih ada. Contohnya, ketika dua orang berada di dalam kenderaan dan di jalan raya, adakah mereka berdua harus memakai pelitup muka kerana kenderaan mereka berada di kawasan awam,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tan Sri Lee Lam Thye
Tan Sri Lee Lam Thye
Tambah beliau, garis panduan perlu disediakan untuk memperjelaskan semuanya bagi mengelakkan sebarang kekeliruan kepada penguatkuasa dan orang awam.
“Dalam pelaksanaan ini, penguatkuasa undang-undang perlu memastikan tidak ada interpretasi yang longgar tentang keputusan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam.
“Diharapkan pihak berkuasa akan memberikan penjelasan ini secepat mungkin agar ia tidak dijadikan alasan oleh sesiapa pun yang tidak mematuhinya," ujarnya.
Pemakaian pelitup separuh muka mula diwajibkan dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata orang ramai boleh dikompaun RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan baharu itu.
Topic Berkaitan
#1 Ogos
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#Lee Lam Thye
#Majlis Keselamatan Nasional
#menteri
#MKN
#pelitup muka
#rakyat
#tempat awam
#tempat sesak
#undang-undang
#Wajib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan