KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan cukai lebih berani dan bukan hanya merasionalkan subsidi untuk mencapai sasaran defisitnya antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025, kata pakar ekonomi kanan RAM Ratings, Woon Khai Jhek.
Beliau berkata ruang fiskal yang terhad kekal menjadi penghalang utama untuk mencapai sasaran tersebut, tambah-tambah lagi dengan hasrat kerajaan untuk meneruskan penyatuan fiskal, apabila ia menyasarkan penurunan defisit fiskal yang agak ketara kepada antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.
"Dengan mengandaikan tiada peningkatan besar hasil atau penurunan dalam perbelanjaan, sekiranya perbelanjaan pembangunan masih stabil pada sekitar RM90 bilion pada 2025, defisit fiskal mungkin berlegar sekitar 4.0 peratus pada 2025, mengikut anggaran kami," katanya.
Woon berkata demikian menerusi komentarnya mengenai bagaimana Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMKe-12) 2021-2025 boleh memacu prospek yang baik kepada Malaysia pada masa depan.
Sementara itu, beliau berkata, NIMP 2030 adalah pelan yang berpotensi menggerakkan perubahan untuk membawa Malaysia dan sektor pembuatannya ke peringkat pembangunan seterusnya.
NIMP 2030 dilengkapkan oleh KSP RMKe-12 yang dibentangkan baru-baru ini, yang menyelaraskan semula pelan tindakan jangka terdekat dan sasaran utama dengan wawasan Ekonomi Madani sehingga 2025.
Pendekatan berasaskan misi NIMP 2030, yang memanfaatkan usaha seluruh negara, akan membantu menumpu dan membimbing usaha yang lebih bersepadu kepada pembangunan ekonomi negara.
"Walaupun boleh dikatakan terdapat beberapa sasaran 'yang memerlukan usaha besar' dalam NIMP 2030, cita-cita ini amat penting untuk Malaysia terus kekal bersaing dan relevan dalam arena global yang pesat membangun dan berdaya saing ini.
"Justeru, kunci kepada mana-mana rancangan yang bermatlamat baik terletak kepada pelaksanaannya, satu tugas yang sukar tetapi tidak mustahil untuk dicapai oleh kerajaan perpaduan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023
Woon berkata, NIMP 2030 adalah pelan yang berpotensi menggerakkan perubahan untuk membawa Malaysia dan sektor pembuatannya ke peringkat pembangunan seterusnya. - Gambar fail
Kumpulan jemaah haji terakhir Sarawak selamat berlepas
Majoriti daripada 968 jemaah haji di Sarawak tahun ini tergolong generasi muda berusia lingkungan 20-50 tahun dan jumlah ini antara lain didorong kesedaran menabung untuk mengerjakan ibadah itu pada usia muda.
Dua penjawat awam antara lima ditahan kes tipu pindah milik tanah
Tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan kes penipuan melibatkan penggunaan dokumen Borang 14A pindah milik tanah.
Pemandu bas dipenjara 15 tahun, empat sebatan
Tertuduh didapati bersalah meraba paha dan tangan mangsa di dalam bas sekolah antara jam 11:30 pagi hingga 12:30 tengah hari masing masing pada 25 dan 31 Januari 2023
Sarawak tidak ambil hak PETRONAS - Abang Jo
Abang Johari berkata, undang-undang pengagihan gas itu juga sebelum ini telah wujud sebelum penubuhan Malaysia.
Sarawak catat pendapatan RM4.79 bilion suku pertama 2024
Jelas Uggah pada tahun 2023, pendapatan Sarawak adalah sebanyak RM13.3 bilion dan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini kita telah dapat RM4.79 bilion.
Uggah minta rakyat tidak termakan hasutan pihak yang dengki
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas meminta rakyat tidak termakan hasutan pihak yang cemburu dengan pembangunan Sarawak yang mendakwa ia berpunca daripada nasib dan tuah semata-mata.
Kejayaan Sarawak hasil kerja keras semua pihak - Abang Jo
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan kejayaan membangunkan Sarawak hari ini adalah hasil kerja keras semua pihak terutama ketika kerajaan pusatg membatalkan beberapa projek mega di wilayah itu.
Sekolah menengah antarabangsa keenam Yayasan Sarawak dibina di Betong
Kerajaan Sarawak akan mengenal pasti lokasi bagi pembinaan sekolah menengah antarabangsa Yayasan Sarawak di Betong, sekolah keenam seumpamanya di Sarawak
ISWC 2024: Mengimbangi penyelesaian kewangan jangka pendek dan panjang
Pengenalan Akaun Fleksibel oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk menangani masalah kewangan jangka pendek termasuk kecemasan kesihatan yang memerlukan penyelesaian segera.
Malaysia satu-satunya negara ASEAN catat aliran masuk asing bersih lebih RM1 bilion pada Mei
Malaysia merekodkan aliran masuk ekuiti asing bersih melebihi RM1 bilion pada Mei 2024, menjadikannya satu-satunya negara ASEAN pada bulan itu yang mencapai kejayaan ini.
Momentum pasaran bon ringgit dijangka berterusan tahun ini - RAM Ratings
Pengumuman serta tempoh pelaksanaan kadar faedah utama oleh Fed AS bagaimanapun akan terus menjadi pemacu dalam menggerakkan aliran dana.
Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.
Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.
RAM Ratings jangka ekonomi Malaysia berkembang pada 4.5-5.5 peratus pada 2024
Bagi separuh kedua 2023, RAM Ratings menjangka momentum ekonomi akan terus dicabar oleh permintaan global yang rendah dan cabaran lain.
Pelabur asing menumpu ke Malaysia ketika kebimbangan mengenai kenaikan kadar AS menurun: RAM Ratings
Pelabur asing menumpu ke Malaysia pada Julai selepas didorong oleh tanda-tanda yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) menghampiri penghujung kitaran pengetatan kadarnya.
RAM Ratings mengesahkan penarafan AA/Stabil untuk sukuk RM4.5 bilion Tanjung Bin Power
RAM Ratings berkata, PPA Tanjung Bin dengan TNB menyokong profil perniagaannya yang kukuh.
Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.
Penarafan bank Malaysia kekal kukuh meskipun krisis perbankan di AS - RAM Ratings
Di Malaysia, asas kredit bank kekal teguh dan berdaya tahan untuk berdepan peningkatan ketidaktentuan dalam pasaran global.
Asas kukuh bantu Malaysia tidak terjejas teruk disebabkan kelembapan ekonomi global - RAM Ratings
RAM Ratings mengunjurkan KDNK Malaysia pada 2023 berada pada empat dan lima peratus, yang didorong oleh permintaan domestik di tengah-tengah prospek ekonomi global yang suram.
Mengekalkan disiplin fiskal mampu bantu Malaysia capai pertumbuhan tinggi - RAM Ratings
Agensi penarafan kredit itu berkata adalah satu kelegaan yang konsolidasi fiskal kekal sebagai keutamaan tinggi bagi kerajaan sekarang.