KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengetuai pemulihan ekosistem negara dan pelaksanaan projek-projek mega dalam sektor yang mampu mengembangkan semula ekonomi Malaysia.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pada masa sama projek besar berkenaan perlu memberi manfaat kepada rakyat dan memastikan negara sentiasa bersedia dalam menghadapi pandemik COVID-19.
Amirudin memberi contoh kejayaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengeluarkan negara daripada krisis ekonomi dengan hasil projek seperti kereta nasional pertama pada tahun 1980-an.
"Kalau kita lihat pengalaman Selangor yang pernah menguasai sekitar 65 hingga 70 peratus sektor aeroangkasa, ia dimulakan dengan usaha kerajaan menubuhkan Airod pada tahun 70-an dan mungkin projek kereta nasional pertama pada 80-an adalah bukti pentadbiran Tun M pada ketika itu mengeluarkan diri kita daripada belenggu dan masalah kemelesetan pada tahun 80-an,
"Justeru kerajaan bagi saya perlu mengepalai satu perkara dalam satu bidang yang mampu untuk dinikmati dan mampu untuk mengembangkan ekonomi kita bersama-sama," katanya semasa forum secara maya bertajuk "Ekonomi Pasca Pandemik: Ke mana Hala Tuju?" yang disiarkan secara maya di laman Facebook pada malam Selasa.
Malah katanya, negara masih mempunyai ruang untuk mengembangkan infrastruktur pengangkutan dan infrastruktur lain.
"Dengan kesan pandemik ini sebagai contoh, satu pengalaman bagaimana kluster-kluster pekerja wujud, di mana ada masalah pengudaraan pekerja. Jadi maknanya, projek mega yang difikirkan ini juga tak semestinya projek besar-besaran.
"Sebagai contoh pengudaraan di rumah, dewan orang ramai yang mempunyai ventilation yang baik juga harus difikirkan sebagai satu persediaan menghadapi pandemik mendatang atau keadaan yang kita tidak fikirkan" ujarnya.
Selain itu, beliau berpendapat, negara perlu kembali menumpukan kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Ia berikutan ketika ini, beliau melihat ekosistem teknikal dan vokasional negara masih lagi terkebelakang dan tidak setanding dengan negara-negara lain.
Dalam pada itu, katanya, Malaysia perlu segera meneroka bidang penghasilan vaksin COVID-19 yang ketika ini dikuasai oleh negara-negara kuasa besar dunia.
Amirudin berkata, langkah itu bagi menjamin kesihatan awam negara.
"Kedua saya lihat super power menguasai dan mendepani pemulihan penyakit pandemik ini. China mengeluarkan beberapa vaksin. Amerika Syarikat dan Eropah ada AstraZeneca, Pfizer, Rusia Sputnik. Ada lagi pelbagai lain, negara India juga telah ke depan. Ini mungkin satu bidang yang kita teroka dengan segera untuk menjamin sustainability kesihatan dan masyarakat awam secara umumnya," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Tue Feb 23 2021

Amirudin memberi contoh kejayaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengeluarkan negara daripada krisis ekonomi dengan hasil projek seperti kereta nasional pertama pada tahun 1980-an.

COVID-19: Kes positif global lebih 115 juta, kematian lepasi angka 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.4 juta.

UiTM FC bersedia hadapi Liga Super 2021
UiTM FC yakin dengan persediaan mereka untuk sepak mula Liga Super 2021 berhadapan Terengganu FC di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu ini.

Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT
Jurulatih berusia 41 tahun dari Mexico itu juga percaya anak buahnya tidak akan diberi laluan mudah oleh KDA FC.

Lesen peniaga, penjaja dan bayaran separuh sewaan premis dilanjutkan sehingga 31 Julai
Keputusan dibuat selepas mengambil kira senario semasa orang ramai yang terpaksa berbelanja bagi persiapan pembukaan sekolah selain menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Malaysia Airports tawar perkhidmatan saringan keselamatan kesihatan swasta
Langkah itu diharapkan dapat memudahkan penumpang KLIA kerana pelancong dapat menjalani ujian dan menunggu keputusan ujian saringan dalam persekitaran yang selesa.

MSN sangkal dakwaan amal sikap pilih kasih
Kenyataan MAKAF bahawa keputusan MSN tidak selari dengan perancangan dan kehendak persekutuan itu agak menyimpang daripada situasi sebenar.
![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen
![[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE) [INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893747/33543290891614877053307_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

Agenda AWANI: Proses Mengerjakan Ibadah Umrah Ketika Pandemik COVID-19
Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Services Sdn Bhd mengenai proses mengerjakan ibadah umrah ketika pandemik COVID-19 dalam Agenda AWANI.

Agenda AWANI: Peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Apakah peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021? Ikuti diskusi Nazri Kahar bersama Mufti Perlis yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam Agenda AWANI.

MB Selangor, Timb Menteri Kesihatan disuntik vaksin COVID-19 hari ini
Ia sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri Selangor.

Kerajaan perlu 'mengepalai' projek mega kembangkan semula ekonomi negara- Amirudin
Kerajaan perlu mengetuai pemulihan ekosistem negara dan pelaksanaan projek-projek mega dalam sektor yang mampu mengembangkan semula ekonomi Malaysia.

COVID-19: Selangor laksana saringan komuniti percuma di Shah Alam esok
Ujian saringan bersasar itu dilaksanakan dari jam 9 pagi hingga 4 petang bermula Rabu.

Selangor sasar empat daerah untuk bangunkan pusat kuarantin transit
Menteri Besar Datuk Amirudin Shari berkata fasilitili itu akan bertindak sebagai sokongan kepada individu disahkan positif COVID-19, atau yang sedang menunggu keputusan ujian saringan.

Permohonan skim NaDI dan Go Digital kini dibuka, bantu penjaja kecil
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi skim NaDI dan Go Digital itu.

Anda sedar mengenai Clubhouse, mungkin bakal menjadi trend baharu di Malaysia?
Ia seperti perbualan gaya podcast kecuali pengguna dapat berinteraksi secara real time dengannya dan mempunyai komunikasi dua hala.

Selangor berhasrat wujud pusat kuarantin komuniti kekang penularan COVID-19
Kerajaan Negeri Selangor bercadang mewujudkan pusat kuarantin di peringkat komuniti sebagai antara usaha untuk menangani penularan kes COVID-19 yang semakin meningkat di negeri itu.

PM masih tidak jelaskan mengapa perlu gantung Parlimen, DUN - Anwar
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim merujuk kepada penjelasan Perdana Menteri mengenai keperluan pelaksanaan Ordinan Darurat hari ini.

Hutan Simpan Kuala Langat Utara: Gabungan PHSKLU mungkin ambil tindakan undang-undang
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Suresh Kumar Balasubramaniam berkata gabungan PHSKLU telah mengadakan perbincangan dengan peguam mereka berhubung perkara tersebut.

Selangor beri pengecualian penuh duti hiburan bagi bayaran masuk taman tema
Kerajaan negeri juga mengurangkan kadar duti hiburan daripada 25 peratus kepada lima peratus ke atas setiap bayaran masuk ke taman tema di Selangor selama lima tahun.