KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu mempertimbang untuk menggubal satu dasar yang mewajibkan pekerja sektor tidak formal untuk mendapat perlindungan sosial.
Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA), Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata, pelan perlindungan sosial itu tidak seharusnya dijadikan sebagai pilihan semata-mata.
"Dengan ini ia dapat memastikan pekerja sektor tidak formal mempunyai masa depan yang lebih terjamin, selain mengelak ketidaksamaan ekonomi," katanya pada sidang media di Seminar ASEAN Social Security Association (ASSA) ke-40, di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mohammed Azman menambah, beberapa negara di rantau ini seperti Singapura sudah menjadikan perlindungan sosial sebagai mandatori kepada pekerja sektor tidak formal, dan ia boleh dijadikan rujukan kepada Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, buat masa ini pekerja sektor tidak formal hanya digalakkan untuk membuat caruman secara sukarela.
Menurutnya, KWSP kini dalam usaha menggalakkan orang ramai terutamanya pekerja dalam sektor tidak formal untuk menyertai caruman secara sukarela.
"Dalam konteks Malaysia, kita mulakan usaha dengan mengalakkan orang ramai untuk menyertai secara sukarela, dan usaha ini mendapat sokongan kerajaan menerusi inisiatif i-Saraan.
"Sebaik sahaja Bajet 2024 diluluskan, kerajaan bersetuju untuk mencarum RM500 setahun kepada pekerja sektor tidak formal, termasuk golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap di bawah umur 60 tahun yang mencarum secara sukarela," ujarnya.
Amir Hamzah menambah, ia adalah langkah pertama dalam menggalakkan pekerja dalam sektor tidak formal untuk menyertai mekanisme simpanan itu.
Terdahulu, Pengerusi Kumpulan KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, pandemik COVID-19 yang melanda dunia tiga tahun lalu telah menjejaskan sektor pekerjaan dengan peningkatan pekerja sektor tidak formal di ASEAN membuka ruang kosong kepada perlindungan sosial.
Justeru katanya, lonjakan pekerja tidak formal menjadi isu kritikal dalam perlindungan sosial di ASEAN, terutamanya di Malaysia.
"Jumlah pekerja tidak formal di ASEAN kini termasuk Malaysia adalah tinggi membabitkan sekitar 244 juta pekerja. Golongan yang memperoleh pendapatan daripada pekerjaan tidak formal merangkumi hampir 79 peratus daripada populasi bekerja formal di rantau ini, malah melepasi purata global sebanyak 61 peratus dan purata Asia Pasifik sebanyak 68 peratus.
"Peratusan pekerjaan tidak formal itu bagaimanapun berbeza-beza di seluruh negara anggota, antara 34 peratus di Brunei hingga lebih daripada 80 peratus di Kemboja, Laos, Myanmar dan Indonesia," ujarnya.
Dalam pada itu, Persatuan Keselamatan Sosial Keselamatan Antarabangsa (ISSA) dan ASSA memeterai perjanjian persefahaman (MoU) yang menandakan tonggak penting dalam usaha bersana memperkuatkan sistem perlindungan sosial di rantau ASEAN.
MoU itu dijangka dapat menangani cabaran-cabaran termasuk isu kesenjangan dalam perlindungan sosial dan isu pekerja sektor tidak formal dalam kalangan 680 juta penduduk ASEAN.
Umavathi Ramayah
Mon Nov 20 2023

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (paling kanan) berkata, buat masa ini pekerja sektor tidak formal hanya digalakkan untuk membuat caruman secara sukarela.
IR 4.0 akan gagal jika tiada sambungan daripada revolusi terdahulu
Jika tiada penyelesaian terhadap kesinambungan antara revolusi industri berkenaan, beliau tidak menolak kemungkinan IR 4.0 atau pelaksanaan rangkaian 5G akan berdepan kegagalan.
Tumpu pelaburan buka peluang pekerjaan belia
Kerajaan disaran tumpukan pelaburan yang bakal membuka peluang kepada penjanaan ekonomi belia di samping pengenalan kepada inisiatif gaji progresif menjelang tahun hadapan.
Bidang pengajian dan permintaan industri tidak selari
Faktor bidang pengajian yang tidak selari dengan keperluan industri menjadi salah satru punca golongan belia berdepan kesukaran untuk mencari peluang pekerjaan.
Dentuman bom semakin menjadi-jadi di Gaza
Dentuman bom terus kedengaran di Gaza, dengan ruang udaranya diselubungi asap akibat serangan rejim zionis Israel. Kali ini Israel menyasarkan selatan Gaza untuk dimusnahkan yang mana melibatkan Rafah dan Khan Younis.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Empat terkorban dalam letupan gereja di Filipina
Empat individu disahkan terkorban kejadian letupan di sebuah gereja Katolik yang terletak dalam sebuah gimnasium universiti di Selatan Filipina. Polis memaklumkan pertambahan itu dalam kemas kini terbaharunya pada Ahad.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus, muntahkan abu sejauh 3km
Gunung Marapi, gunung berapi paling aktif di Pulau Sumatera, meletus pada 2.54 petang Ahad waktu tempatan, menyebabkan hujan abu di daerah agam di Sumatera Barat.

All Stars GV: Tiada penyingkiran, lapan peserta mara ke konsert akhir
Semua peserta boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan pada konsert separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dan terus berjaya ke konsert akhir pada Ahad depan.

Mayat bayi perempuan ditemukan terdampar di Pantai Queensbay
Pengunjung Pantai Queensbay gempar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemukan terdampar di kawasan pesisiran pantai itu hari ini.

Kebakaran kilang akibatkan letupan seperti bunga api
Kebakaran di sebuah kilang di Bukit Selambau dipercayai turut mengakibatkan letupan seakan-akan bunga api sehingga dapat dilihat jelas oleh pengguna jalan raya dalam kejadian petang Ahad.
AWANI Borneo [3/12/2023] - Gempa bumi Mindanao | Misi PRU-17 Warisan | Destinasi pelancongan Sarawak
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
1. JBPM Sabah terus pantau impak gegaran di Filipina
2. Warisan yakin mampu kembali terajui Sabah pada PRN17
3. Kampung Telaga Air bakal berubah wajah tiga tahun lagi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.
1. JBPM Sabah terus pantau impak gegaran di Filipina
2. Warisan yakin mampu kembali terajui Sabah pada PRN17
3. Kampung Telaga Air bakal berubah wajah tiga tahun lagi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Sistem gaji progresif: Lambakan pekerja asing sukarkan pelaksanaan PWM - Pakar
Kerajaan perlu mengawal lambakan pekerja asing, sekiranya ingin menjalankan sistem gaji progresif (PWM) di negara ini.

Pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ditangguh ke 1 Jan 2023 - Saravanan
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 pada 1 September depan kepada 1 Januari 2023.

Adakah waktu kerja 9-5 untuk 5 hari seminggu masih relevan?
Namun selepas dua tahun pandemik melanda pekerja kini dilihat mahukan lebih fleksibiliti dari segi waktu bekerja.

Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit
Polisi syarikat perlu diteliti dan dikemaskini dalam memastikan keselamatan serta kesihatan pekerja terjamin sepanjang menjalankan tugas.

Pecat 900 pekerja menerusi Zoom, pengurus firma di AS dikecam
Tindakan seorang Ketua Eksekutif memecat 900 pekerja disifatkan kejam apa lagi menjelang sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

#DiariLockdown: Di sebalik COVID-19... rakyat Malaysia bangkit meneruskan kehidupan
DI SEBALIK banyak kesan buruk akibat COVID-19, sebenarnya terdapat pelbagai pengajaran yang baik akibat pandemik ini.

Semua pekerja domestik termasuk pembantu rumah, tukang kebun kini wajib carum Perkeso
Bermula 1 Jun, semua majikan wajib mendaftarkan pekerja domestik mereka termasuk warga asing dengan Perkeso.

Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia
Siasatan dilakukan terhadap beberapa buah premis perniagaan syarikat itu yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.

Positif COVID-19: Dua cawangan Jaya Grocer ditutup sementara
Dua pasar raya Jaya Grocer ditutup sementara susulan beberapa pekerja di cawangan Jaya Grocer Mutiara Tropicana dan Empire Shopping Gallery disahkan positif COVID-19.

Saringan wajib: 3,739 pekerja asing disahkan positif COVID-19 - Ismail Sabri
Seramai 3,739 daripada 190,429 pekerja warga asing yang menjalani ujian saringan wajib disahkan positif COVID-19 di negara ini.