KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi sepenuh perhatian untuk menangani krisis kesihatan dan masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara supaya dapat menyelamatkan lebih banyak pekerjaan, kata Pakar Ekonomi Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram.
Beliau berkata Malaysia seharusnya mempelajari lebih awal dan mencontohi negara-negara Asia Timur seperti China, Korea Selatan, Vietnam dan Laos yang dapat menangani krisis kesihatan negara mereka dengan baik.
"Sesiapa sahaja yang berada di Putrajaya, mereka mesti menangani masalah ini. Negara-negara seperti China, Korea Selatan, Vietnam dan Laos, malah sebahagiannya adalah lebih miskin daripada Malaysia tetapi mereka dapat menangani keadaan dengan lebih baik.
"Situasi bahaya masih belum selesai dan mereka terus berwaspada sepertimana kita sepatutnya berwaspada juga," katanya dalam Wacana Ekonomi Manusiawi Siri Ke-5 bertajuk 'Krisis Politik dan Ekonomi: Apa Masa Depan Malaysia?' secara maya baru-baru ini.
Jomo turut memetik kenyataan Kementerian Kesihatan bahawa setiap angka yang diumumkan berkemungkinan ada kira-kira tiga individu lain yang telah dijangkiti dan tidak dikenali serta angka sebenar jangkitan mungkin empat kali ganda.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan tidak seharusnya menjadikan perkiraan atau perhitungan politik jangka pendek untuk mempengaruhi dasar kesihatan dan ekonomi.
"Dalam situasi sekarang ini, terdapat bahaya yang cukup besar. Dari segi ekonomi, kita dapati kebanyakan negara-negara membangun akan pulih sedikit demi sedikit tetapi tidak akan kembali kepada keadaan sebelum pandemik.
"Mungkin kesan kemerosotan yang sudah berlaku akan berlanjutan menjadi kemelesetan," katanya.
Jomo berkata antara punca yang membawa kepada masalah tersebut adalah kos ubat-ubatan yang tinggi, ujian makmal, alat kelengkapan kesihatan dan vaksin yang tidak mampu diperoleh oleh kebanyakan orang di dunia.
"Pelan peruntukan vaksin COVID-19 global (COVAX) yang ada misalnya hanya untuk mereka yang mampu membeli vaksin seperti negara-negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.
"Jika dilihat senario terdapat negara-negara yang tidak mampu untuk membeli vaksin. Ini menunjukkan pandemik akan berlarutan di negara berkenaan dan mutasi akan berlaku.
"Ini berbahaya, kemungkinan varian baharu seperti varian Delta akan timbul dan kita tidak dapat mengawal keadaan," katanya.
Selain itu, beliau berkata punca lain ialah kebanyakan negara-negara membangun tidak mampu untuk berbelanja.
"Negara-negara membangun mendapati sukar untuk mereka berbelanja berikutan selalu berfikir 'mesti pinjam dari luar'.
"Bagi menghidupkan atau memulihkan ekonomi bukan pinjaman dari luar yang penting tetapi pinjaman dari dalam untuk memastikan kecairan yang mencukupi supaya ekonomi dapat bergerak," katanya dan menambah bahawa kemelut politik ketika ini turut memberi impak yang besar bukan hanya kepada ekonomi tetapi juga usaha untuk mengawal pandemik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 16 2021
Sesiapa sahaja yang berada di Putrajaya, mereka mesti menangani masalah ini, kata Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram. - Astro AWANI/Shahir Omar
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.