awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas presiden Brazil, diarah kembali ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu wujud kerangka kawal selia AI, elak salah guna

Bernama
Bernama
27/05/2024
00:40 MYT
Kerajaan perlu wujud kerangka kawal selia AI, elak salah guna
Di bawah Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kod kandungan penggunaan AI yang terbaharu dikemas kini pada tahun 2022. - Gambar hiasan/Amanz
BACHOK: Kerajaan disaran mewujudkan satu kerangka kawal selia yang lebih holistik bagi mengawal penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) Mediha Mahmood berkata hal ini kerana penggunaan teknologi terbabit merupakan platform terbaharu yang digunakan oleh masyarakat ketika ini.
"Jika tidak ada undang-undang... kita gubal undang-undang, peraturan atau kod etika sepatutnya bagi mengelakkan penggunaan teknologi ini disalah guna sekali gus memberi kesan kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Program Wacana Forum Kandungan Kreatif Teknologi AI Dalam Seni Visual Di Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini semalam.
Mengulas lanjut, Mediha berkata di bawah CMCF sendiri kod kandungan penggunaan AI yang terbaharu dikemas kini pada tahun 2022.
"Dalam kod kandungan itu, kita (CMCF) juga ada tanggungjawab untuk menghasilkan garis panduan untuk penggunaan AI, pempengaruh dan semua benda yang ada dalam teknologi boleh ditambah baik.
"Sekiranya melibatkan undang-undang sedia ada seperti hak cipta, iklan palsu dan iklan mengelirukan, undang-undang telah ada untuk tindakan diambil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#kawal selia AI
#CMCF
#salah guna AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan