awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pernah bincang kelulusan industri 'hemp', akan teliti semula status - Azmin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/10/2021
05:21 MYT
Kerajaan pernah bincang kelulusan industri 'hemp', akan teliti semula status - Azmin
Azmin mengakui perkara itu pernah dibincangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada Februari tahun lalu, di bawah pentadbiran Pakatan Harapan - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan melihat semula status berhubung cadangan untuk meluluskan industri ganja jenis 'hemp' dan marijuana perubatan.
Menteri Kanannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui bahawa perkara itu pernah dibincangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada Februari tahun lalu, di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Jelas beliau, melalui perbincangan tersebut, pandangan telah dikemukakan, selain kementerian telah berhubung dengan beberapa pihak termasuk ahli akademik dan swasta untuk melihat potensi industri berkenaan.
"Memang benar kita bersama dalam pentadbiran yang lalu, perkara ini telah dibincangkan dan dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.
"Namun, saya harus merujuk semula apakah status perkara ini. Ini kerana ia juga melibatkan beberapa pindaan akta oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang telah dibentangkan dalam mesyuarat yang lalu.
"Namun, kita harus melihat dari perspektif yang lebih besar tentang keperluan industri ini diperkembangkan. Ia juga mesti mengikut lunas-lunas peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya menjawab celahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Selasa.
BACA: Kerajaan disaran lulus industri ganja 'hemp', marijuana perubatan - Syed Saddiq
Sebelum itu, Syed Saddiq bertanya adakah MITI akan memperhalusi cadangan untuk meluluskan kegunaan ganja jenis 'hemp' dan marijuana perubatan untuk dieksport ke luar negara.
Ini kerana katanya, perbincangan telah dibuat sehingga ke proses muktamad pada Februari tahun lalu, selain kajian berhubung perkara itu juga dilakukan.
Terdahulu, Syed Saddiq berkata sudah tiba masa bagi Malaysia melaksanakan usaha meluluskan industri berkenaan memandangkan ia boleh membantu sebagai kaedah rawatan alternatif termasuk kepada masalah kesihatan mental.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Industri hemp
#Industri ganja
#Syed Saddiq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan