awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo tawar 20 peratus diskaun sempena Tahun Baharu Cina
P. Pinang beri kerjasama penuh kepada SPRM siasat pegawai kanan kerajaan negeri
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Persekutuan, Sabah masing-masing raih hasil petroleum RM23 bilion sejak 1976 - PMO

Bernama
Bernama
11/07/2024
02:30 MYT
Kerajaan Persekutuan, Sabah masing-masing raih hasil petroleum RM23 bilion sejak 1976 - PMO
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah masing-masing telah menerima bayaran hasil petroleum berjumlah kira-kira RM23 bilion bagi tempoh 1976 sehingga separuh pertama 2024. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah masing-masing telah menerima bayaran hasil petroleum berjumlah kira-kira RM23 bilion bagi tempoh 1976 sehingga separuh pertama 2024, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Rabu, PMO berkata, Petronas juga sentiasa menjelaskan semua bayaran tunai hasil daripada pengeluaran petroleum itu berdasarkan peruntukan, perjanjian sedia ada serta mengikut arahan Kerajaan Persekutuan.
"Selain itu, Sabah juga menerima hasil cukai jualan daripada Petronas berjumlah lebih kurang RM3 bilion, selari dengan perlaksanaan cukai itu dari tahun 2020," katanya.
Jawapan PMO itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Jonathan Yasin (GRS-Ranau) mengenai jumlah hasil jualan petroleum yang diperolehi Kerajaan Persekutuan dan Petronas daripada hasil minyak bumi atau lautan Sabah setiap tahun bermula 1976 sehingga sekarang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#hasil petroleum
#kerajaan Persekutuan
#Kerajaan Sabah
#Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan