awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang perkenal mekanisme subsidi minyak bersasar - Mustapa

Bernama
Bernama
26/04/2022
12:46 MYT
Kerajaan pertimbang perkenal mekanisme subsidi minyak bersasar - Mustapa
Mustapa menegaskan bahawa subsidi bahan api turut berperanan penting dalam mengawal kenaikan harga di Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan berkemungkinan besar akan memperkenalkan mekanisme subsidi minyak bersasar bagi menampung impak kenaikan harga minyak mentah, terutamanya bagi kumpulan berpendapatan rendah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan masih dalam peringkat merangka struktur bersesuaian yang dijangka dapat disiapkan tidak lama lagi.
Menurutnya, Kementerian Kewangan juga dalam peringkat meneliti sama ada kerajaan mampu menanggung subsidi manakala harga bagi petrol RON95 dan diesel dapat dikekalkan pada masa ini.
"Mereka yang berkemampuan sepatutnya membayar lebih manakala yang tidak layak menerima (subsidi) tidak sepatutnya mendapat langsung subsidi itu. Subsidi hanya untuk golongan miskin terutama golongan B40.
"Isunya di sini adalah masa dan bila mekanisme itu akan dilaksanakan," katanya dalam program The Nation yang disiarkan oleh Bernama TV hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Mustapa turut menegaskan bahawa subsidi bahan api turut berperanan penting dalam mengawal kenaikan harga di Malaysia.
Malah, katanya, kerajaan telah berupaya mengekalkan kenaikan harga antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus sejak 10 tahun hingga 20 tahun lepas.
"Bagaimanapun, ini akan memberi kekangan besar terhadap Bajet. Apabila kita merangka Bajet 2022 pada tahun lepas, anggaran bagi subsidi adalah kira-kira RM5 bilion dan kini ia sekitar RM30 bilion yang merupakan kenaikan jumlah subsidi sebanyak enam kali ganda," katanya.
Beliau berkata subsidi minyak itu merangkumi empat elemen iaitu RON95, diesel, gas asli cecair dan minyak masak.
Mustapa menjelaskan, kenaikan harga minyak mentah itu turut menjejaskan kadar inflasi negara yang menyaksikan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Mac 2022 meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada 125.6 berbanding 122.9 pada Mac 2021 -- melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011-Mac 2022 pada 1.9 peratus.
"Kita percaya ini satu cabaran dalam usaha untuk melangkah ke hadapan. Impak itu terutamanya terhadap harga. Kita belum lagi menyemak semula unjuran pertumbuhan negara dan masih berpegang kepada unjuran Bank Negara Malaysia iaitu pertumbuhan pada 5.3 peratus hingga 6.3 peratus bagi tahun ini.
"Pada masa sama, kita juga perlu lebih realistik kerana ini merupakan satu tempoh yang amat mencabar dan terdapat keperluan untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan tersebut dan kerajaan akan bertindak sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#subsidi minyak
#subsidi bersasar
#kenaikan harga minyak
#Mustapa Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan