MALAYSIA
Kerajaan pertimbang semula sekatan perjalanan ke luar negara peminjam PTPTN

Kerajaan mempertimbangkan semula langkah sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin akan mengkaji semula langkah sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran balik.
Ringkasan AI
- Kerajaan sedang mempertimbangkan semula langkah sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman, namun tiada keputusan muktamad setakat ini.
- Sehingga Julai 2025, PTPTN telah meluluskan pinjaman berjumlah RM59.44 bilion kepada 3.1 juta peminjam daripada golongan B40 atau penerima STR.
- Permohonan pengecualian bayaran balik bagi pemegang ijazah kelas pertama akan dibuka semula pada 1 September, dengan skim tersebut telah memberi manfaat kepada 133,159 pelajar bernilai RM2.9 bilion sejak 2001.
Mengulas lanjut, Mustapha berkata hingga Julai tahun ini, PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada 3.1 juta peminjam daripada golongan B40 atau penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan jumlah pinjaman dikeluarkan sebanyak RM59.44 bilion.
Selain itu,beliau memaklumkan permohonan bagi pengecualian bayaran balik untuk pemegang ijazah kelas pertama di laman web PTPTN akan mula dibuka pada 1 Sept ini, selepas proses penyelenggaraan selesai.
"Saya juga ingin memaklumkan kepada dewan yang mulia ini, skim kelas pertama ini telah dimulakan seawal 2001 dan setakat ini jumlah keseluruhan pelajar mendapat manfaat sebanyak 133,159 dengan nilai lebih kurang RM2.9 bilion," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami